| JOHNSON SPACE CENTER | | UMUM | |
| ADMINISTRATION (NASA) | National Aeronautics and Space Administration (NASA) ialah agensi kerajaan Amerika Syarikat yang mengendalikan dan mengkoordinasi penyelidikan aeronautik di dalam atau di luar lingkungan atmosfera bumi. NASA menggaji kira-kira 21 000 orang ahli sains, jurutera dan juruteknik di dalam 10 pemasangan utama. Kemudahan ini termasuklah John F. Kennedy Space Center, Lyndon B. Johnson Space Center, Goddard Space Flight Center dan George C. Marshall Space Flight Center . | UMUM | |
| ALDISS, BRIAN W. | Aldiss, Brian W. (1925– ), penulis dan pengkritik fiksyen sains Inggeris. Dia menulis cerita-cerita pendek, novel dan mengkritik karya fiksyen sains. Antara bukunya termasuklah Space, Time and Nathaniel (1957), Non-Stop (1958), The Canopy of Time (1959), Hothouse (1962), The Hand- Reared Boy (1970), novel-novel Helliconia sekitar tahun 1980-an dan The Lurid Glare of the Comet (1986). | UMUM | |
| AGENSI ANGKASA LEPAS EROPAH | Agensi Angkasa Lepas Eropah (European Space Agency - ESA), pertubuhan penyelidikan dan teknologi angkasa lepas yang dianggotai oleh beberapa negara Eropah. | FIZIK | Institusi/Organisasi |
| TELESKOP ANGKASA LEPAS HUBBLE | Teleskop Angkasa Lepas Hubble ialah teleskop pemantul yang dibina sebagai balai cerap dalam orbit. Cermin pengumpul cahayanya yang utama mempunyai diameter 240 sentimeter. Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, The National Aeronautics and Space Administration (NASA), telah melancarkan teleskop ini di atas kapal bolak-balik angkasa lepas pada bulan April 1990. Teleskop ini dinamakan sempena nama ahli astronomi Amerika, Edwin P. Hubble (lihat Hubble, Edwin Powell) . | UMUM | |
| MAKMAL PENDORONGAN JET | Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal ini dikendalikan oleh California Institute of Technology yang terletak di Pasadena, California, Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan – National Aeronautics and Space Administration (NASA). | UMUM | |