SPEAKER | Speaker ialah peranti elektrik yang mengeluarkan semula bunyi. Speaker membentuk sebahagian daripada sistem bunyi fideliti tinggi, radio, alat pemain kaset, dan peti televisyen. Ia juga menjadi sebahagian daripada sistem siar raya dan kelengkapan yang digunakan untuk menguatkan bunyi yang dimainkan oleh pemuzik. | UMUM | |
MITRA, RAMON V. | Mitra, Ramon V. (1929– ), pemimpin politik Filipina. Dia menjadi speaker Dewan Perwakilan Filipina pada tahun 1987. Mitra terkenal kerana menentang kerajaan pimpinan Ferdinand Marcos. Dia menyokong Corazon Aquino dalam pilihan raya presiden pada tahun 1986. Selepas Corazon memenangi pilihan raya itu, dia menjadi setiausaha pertanian. | UMUM | |
SAYAP KANAN | Sayap kanan merujuk kepada kumpulan yang tradisional, atau parti politik konservatif. Dalam sesetengah dewan perundangan, pihak konservatif ditempatkan di sebelah kanan speaker. Kumpulan radikal dan bebas membentuk kumpulan sayap kiri, manakala kumpulan neutral ditempatkan di bahagian tengah . Kelaziman ini bermula sejak Perhimpunan Kebangsaan Perancis pada tahun 1789. Dalam perhimpunan itu, golongan bangsawan mengambil tempat yang diberi penghormatan, iaitu di sebelah kanan raja. Lihat juga Konservatisme. | UMUM | |
SAYAP KIRI | Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini berasal daripada badan perundangan Perancis yang pertama selepas Revolusi Perancis. Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan speaker, sementara ahli majlis perundangan yang lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri. Kemudian, masyarakat seluruh dunia menggunakan istilah kiri dan kanan untuk menunjukkan dua pemahaman politik yang bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan konservatisme. Pada umumnya, kumpulan berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi daripada kebebasan individu. Sebaliknya, kumpulan berhaluan kanan menganggap kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini, kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan sosialisme atau komunisme. | UMUM | |
C.M.YUSUF, TAN SRI | C.M. YUSUF, Tan Sri (1907-1975), Speaker Dewan Rakyat (1964-1974). Dia lahir pada 3 Mac 1907 di Ipoh, Perak. Nama sebenarnya ialah Chik Mohamed Yusuf bin syekh Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Anderson, Ipoh (1912-1924). Pada tahun 1925, dia melanjutkan pelajarannya di Newton College School, Devon, United Kingdom. Dia meneruskan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Exeter College, Oxford University hinggamemperoleh ijazah pada tahun 1933 dan kemudian di Inner Temple, London (1934-1938). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, TUN | MOHAMED ZAHIR HAJI ISMAIL, Tun (1924 - 2004) ahli politik, Speaker Dewan Rakyat (sejak 1982). Dia lahir pada 19 Mac 1924 di Alor Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, London hingga memperoleh Barrister-at-Law pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMED NOAH OMAR, TAN SRI | MOHAMED NOAH OMAR, Tan Sri (1897-1991), ahli politik, Speaker Dewan Rakyat yang pertama (1959-1964). Dia lahir pada 18 Ogos 1897 di Bandar Maharani, Muar, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Maharani, Muar. Kemudian dia menuntut di sekolah Arab al-Madrasah al-Arabiyah al-Khairiyah, Muar selama tiga tahun. Dia melanjutkan pelajarannya ke Timur Tengah, iaitu di Kolej al-Othmaniyah al-Islamiyah pada tahun 1914 dan Syrian Protestant College (kini University of Beirut) dari tahun 1914 hingga tahun 1919 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
C.M. YUSUF, TAN SRI | C.M. Yusuf, Tan Sri (1907-1975), Speaker Dewan Rakyat (1964-1974). Beliau dilahirkan pada 3 Mac 1907 di Ipoh, Perak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |