| ZAINAL ABIDIN SAFARWAN | ZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932- ), ahli perkamusan. Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952. Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan. Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly. Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987. | BAHASA | Tokoh |
| FORCE 136 | FORCE 136, satu ketumbukan dan pertubuhan rahsia yang bergerak di Asia Tenggara pada masa Perang Dunia Kedua. Pasukan ini diletakkan di bawah ‘Special Operations Executive’, yang dipimpin oleh Lord Louis Mounbatten. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan pasukan perisik dan ketenteraan bagi membolehkan negara Asia Tenggara dirampas semula oleh Tentera Berikat dari Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| ABDUL KARIM ABU BAKAR | ABDUL KARIM ABU BAKAR (1922- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 September 1922 di Alor Gajah, Melaka. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka hingga Darjah Lima (1932). Setelah lulus peperiksaan untuk Special Malay Class, dia melanjutkan pelajaran di Bandar Hilir English School dan seterusnya di High School Melaka, hingga ke kelas Junior Cambridge (1941). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN | PASUKAN SUKARELAWAN KELANTAN, pasukan tentera sukarelawan. Pasukan Sukarelawan Kelantan (Kelantan Volunteer Force) ditubuhkan pada tahun 1914. Pasukan ini bermula dengan dua kompeni Special Constables di Kelantan yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1914. Kompeni Nombor 1 mengandungi lebih kurang 30 orang Eropah dan Kompeni Nombor 2 mengandungi lebih kurang 25 orang bangsa Asia. Keseluruhan kekuatan anggota ialah seramai 55 orang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
| MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, TAN SRI | MOHD. GHAZALI HAJI CHE MAT, Tan Sri (1930- ), Panglima Angkatan Tentera yang kelapan (1985-1987). Dia lahir pada 17 Disember 1930 di Kampung Baru Dinding, Lenggong, Perak. Selepas mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lelaki Lenggong, dia terpilih memasuki Special Malay Class di Sekolah King Edward VII, Taiping. Dia pernah dilantik sebagai pengawas kanan dan ketua murid pada tahun 1952. Dia juga mewakili sekolahnya dalam permainan bola sepak dan ragbi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| OTHMAN RASUL | OTHMAN RASUL (1940 - ), penulis. Dia lahir pada 3 Ogos 1940 di Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan, Perak. Nama sebenarnya ialah Othman bin Mohd. Rasul. Othman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Tukang Sidin, Teluk Intan (1948 – 1951) hingga tamat Darjah Empat. Kemudian dia meneruskan persekolahan dalam aliran Inggeris apabila dia memasuki Special Malay Class di Government English School, Teluk Intan (1952 – 1954). | SASTERA | Tokoh |
| ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996), Ketua Turus Angkatan Tentera (1969-1970). Beliau lahir pada 1 Julai 1918 di Kampung Pianggu, Endau, Rompin, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Laki-laki Kuantan dan Government English School dan kemudiannya memasuki Special Malay Class pada tahun 1937. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF) | Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada 150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan satu sistem pembayaran dan perdagangan antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk membantu negara anggota mencapai pertumbuhan ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan pertukaran yang teratur antara negara. IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9 bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF menggunakan tabung itu untuk membantu negara anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights) sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an, IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120 bilion. | UMUM | |
| YUSUF ISHAK, TUN | YUSUF ISHAK, Tun, (1910-1970), Presiden Republik Singapura yang pertama (1965-1970). Dia lahir pada 12 Ogos 1910 di Padang Gajah, Trong, Perak. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu di Perak sebelum memasuki Victoria Bridge School, Singapura. Yusuf lulus Sijil Cambridge dengan keputusan yang cemerlang pada tahun 1927. Dengan keputusan itu, dia diberi peluang meneruskan pelajarannya selama dua tahun di Raffles Institution Special Class, Singapura. Sejak di bangku sekolah, Yusuf seorang pelajar yang aktif dan sentiasa menjalankan apa saja tugas yang diberikan kepadanya. Hal ini terbukti apabila dia dilantik sebagai seorang pengawas di sekolahnya. Selain itu, dia juga pernah menganggotai pasukan kadet dan merupakan pelajar yang pertama di Singapura pernah dilantik sebagai leftenan muda. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MOHD. SALLEH ABAS, TUN | MOHD. SALLEH ABAS, Tun (1929- ), peguam, Ketua Hakim Negara yang kelima (1984-1988). Dia lahir pada 25 Ogos 1929 di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Melayu Kampung Raja dan kemudian dia mempelajari agama dan bahasa Arab di Sekolah Arab Madrasah Haji Omar, Kampung Raja, Besut. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, dia menyambung pelajarannya di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu selama dua tahun dalam Special Malay Class. Dia lulus dengan Gred Satu dalam peperiksan Senior Cambridge. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |