Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n penonton: thousands of ~s lined the street to view the procession, beribu-ribu orang penonton berbaris di sepanjang jalan utk melihat perarakan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spectator


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPECTATOR, THE

Spectator, The lihat Addison, Joseph.

UMUM 
ADDISON, JOSEPH

Addison, Joseph (1672–1719), penulis dan ahli

politik Inggeris. Dia paling terkenal kerana

gandingannya dengan Sir Richard Steele, menulis

dan menerbitkan The Spectator, yang mengandungi

satu siri 555 esei popular yang diterbitkan pada tahun

1711 dan pada tahun 1712. Esei ini bertujuan

memperbaik moral dan tatatertib, mempertingkat

tahap kebudayaan pembaca daripada golongan kelas

menengah, dan memperkenalkan idea sains dan

falsafah yang penting. Kebanyakan esei ini

mengandungi huraian mengenai perilaku dalam

masyarakat, percintaan dan perkahwinan, dan sastera.

UMUM 
STEELE, SIR RICHARD

Steele, Sir Richard (1672–1729) ialah penulis

kelahiran Ireland yang mencipta esei kewartawanan

terkenal yang diterbitkan sebagai The Tatler. Dia

bekerja dengan Joseph Addison untuk menghasilkan

esei yang diterbitkan sebagai The Spectator.

UMUM 

Kembali ke atas