SPEKTROMETER | Spektrometer ialah alat yang menyebarkan cahaya menjadi spektrum dan mempamerkannya untuk dikaji. Atom atau molekul semua bahan mengeluarkan cahaya apabila dipanaskan ke suhu tinggi. Pola cahaya yang dikeluarkan berbeza bagi setiap bahan. Oleh itu, pakar boleh mengenal pasti sesuatu bahan atau menentukan komposisi kimianya dengan menganalisis spektrumnya. | UMUM | |
TIUB GEISSLER | Tiub Geissler ialah tiub dicas gas yang serupa dengan lampu neon. Ia terdiri daripada tiub kaca yang mengandungi gas seperti hidrogen, nitrogen, oksigen, dan udara di bawah tekanan rendah. Gas dinyalakan supaya berwarna terang dengan melalukan arus elektrik menerusi tiub itu. Ahli sains menggunakan tiub Geissler dalam penyelidikan, khususnya untuk memeriksa gas pijar dengan peranti yang dinamakan spektrometer (lihat Spektrometer). Tiub Geissler pertama kali dibina oleh Heinrich Geissler, pembuat alat Jerman, pada akhir tahun 1850-an. | UMUM | |
SPEKTROSKOPI JISIM | Spektroskopi jisim, juga dinamakan spektrometri jisim ialah satu kaedah untuk memisahkan atom atau molekul yang diionkan, mengikut jisim (m) dan cas elektriknya (z). Ia melibatkan penggunaan alat yang dinamakan spektrometer jisim. Spektroskopi jisim merupakan satu cara yang berkesan untuk mengenal unsur, isotop dan molekul. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan komposisi dan struktur kimia sesuatu bahan yang lebih kompleks. | UMUM | |
RENIUM | Renium ialah unsur kimia dengan simbol Re. Ia adalah logam nadir, mahal, berwarna putih keperakan. Ia didapati sedikit dalam mineral seperti gadolinit , dan molibdenit . Renium mempunyai satu daripada takat lebur yang paling tinggi antara unsur kimia. Oleh kerana ini ia tahan terhadap suhu tinggi. Tenium adalah bahan yang berharga dalam aloi (campuran logam) tertentu. Ia kadangkala dicampurkan dengan tungsten atau platinum untuk membuat kelengkapan elektrik tahan panas. Ia juga digunakan untuk membuat filamen (dawai halus) untuk alat yang dikenali sebagai spektrometer , yang digunakan untuk mengukur jisim atom dan molekul yang bercas. | UMUM | |