Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[spo.ra] | سڤورا

Definisi : (Bio) biji-biji sel yg menjadi benih bagi tumbuh-tumbuhan yg tidak berbunga (spt paku pakis, cendawan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[spo.ra] | سڤورا

Definisi : biji-biji sel yg menjadi benih bagi tumbuh-tumbuan tidak berbunga (spt paku pakis). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata spora


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SPORA

Spora ialah struktur khusus halus yang boleh

tumbuh menjadi organisma. Hampir semua jenis

tumbuh-tumbuhan, termasuk jenis tertentu alga,

bakteria, kulat, dan protozoa, mengeluarkan spora.

Spora membantu organisma atau spesiesnya untuk

hidup dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

UMUM 
PUFFBALL

Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah

berbentuk bola yang mengandungi spora di

dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi

berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya

belum bertukar warna, atau menjadi bersabut.

Apabila puffball matang, bahagian dalamnya

menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna

kekuningan atau keunguan atau hijau.

UMUM 
PALINOLOGIKajian debungan dan spora yang masih hidup atau fosil.GEOGRAFI DAN GEOLOGIDisiplin Ilmu
SMUT

Smut ialah nama sekumpulan kulat berkaitan yang

hidup sebagai parasit pada tumbuhan tertentu dan

menyebabkan penyakit padanya. Smut mendapat

namanya kerana ia mengeluarkan spora hitam yang

kelihatan seperti zarah jelaga. Smut berbahaya

pada tumbuhan yang ditanam dan tumbuhan liar.

Ia terutamanya berbahaya kepada tanaman

pertanian seperti gandum, oat, barli, jagung, dan

padi. Smut biasanya memusnahkan biji atau ke

seluruhan jambak bunga. Akibatnya, tumbuhan

tidak berguna sama sekali sebagai tanaman atau

tidak boleh mengeluarkan biji.

UMUM 
STAGHORN

Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya

dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat

namanya daripada fron daun utama daun berbentuk

seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis

daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan

tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini

mengumpul air dan humus. Daun utama

mengandungi spora pembiakan.

UMUM 

Kembali ke atas