Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sta.lak.tit] | ستالکتيت

Definisi : (Geo) batu kapur yg meruncing ke bawah di dlm gua (terjadi drpd titisan air yg mengandungi sebatian kalsium). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stalaktit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STALAKTIT

Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang

cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu

kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau

bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti

jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya

menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di

tengah-tengahnya.

UMUM 
TAMAN NEGARA CARLSBAD CAVERNS

Taman Negara Carlsbad Caverns, di

tenggara New Mexico, Amerika Syarikat terkenal

kerana terdapat banyak gegua atau gua. Gegua

yang paling besar ialah gua carlsbad Caverns.

Gegua ini merupakan salah sebuah gegua bawah

tanah yang terbesar di dunia. Dalam ruang gegua

ini, stalaktit dan stalagmit terbentuk menyerupai

kuil Cina, tiang besar, dan isikel seperti renda (lihat

Stalagmit; Stalaktit ). Satu ruang besar yang

dikenali sebagai Big Room, panjangnya 500 meter

dan lebarnya 335 meter. Di satu tempat, tinggi

silingnya 78 meter. Haiwan seperti musang,

gopher , jack rabbit , mule deer , dan ular orok-orok

terdapat di taman ini. Taman Negara ini dibina

pada tahun 1930. Untuk mengetahui keluasannya,

lihat Taman negara.

UMUM 

Kembali ke atas