| STAR CHAMBER | Star Chamber ialah mahkamah undang-undang Inggeris pada tahun 1500-an dan 1600-an. Star Chamber terdiri daripada canselor diraja dan ahli Majlis Diraja lain, iaitu kumpulan penasihat diraja. Ia meluluskan penghakiman tanpa perbicaraan oleh juri dan membuat prosedur, hukuman, dan pemulihannya sendiri. Mahkamah ini dinamakan sedemikian kerana ia mengadakan perbicaraan dalam Star Chamber Istana Westminster di London. Kini, istilah Star Chamber merujuk kepada mesyuarat mana-mana mahkamah kehakiman atau pertubuhan rasmi secara rahsia dan yang tidak dikawal. | UMUM | |
| STAR-SPANGLED BANNER | Star-Spangled Banner ialah lagu kebangsaan Amerika Syarikat. Ia ditulis oleh Francis Scott Key dan dinyanyikan dengan muzik yang digubah oleh John Stafford Smith. Pada bulan Mac 1931, Kongres Amerika Syarikat secara rasmi meluluskan lagu ini sebagai lagu kebangsaan. Walau bagaimanapun, tentera darat dan laut telah mengiktiraf “ The Star- Spangled Banner” sebagai lagu kebangsaan sebelum Kongres meluluskannya. | UMUM | |
| BLAZING STAR | | UMUM | |
| MAHATHIR MOHAMAD, TUN | Mahathir Mohamad, Tun (1925– ), Perdana Menteri Malaysia yang keempat (1981–2003). Dia lahir pada 20 Disember 1925 di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar, guru sekolah Inggeris dan ibunya ialah Wan Tampawan. | UMUM | |
| SISTEM TRANSIT ALIRAN RINGAN (LRT) | Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ialah sejenis pengangkutan kereta api elektrik. Terdapat dua sistem transit aliran ringan yang beroperasi di Lembah Klang, Malaysia, iaitu STAR-LRT dan PUTRALRT. | UMUM | |
| THE COURT OF HIGH COMMISSION | The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. | UMUM | |
| MORTIMER, HARRY | Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British yang berpengaruh pada zamannya terhadap muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup trompet pada peringkat awal kerjayanya. Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’ Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge, Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal Manchester College of Music. | UMUM | |
| O'CONNOR, THOMAS POWER | O’Connor, Thomas Power (1848 –1929) ialah wartawan dan ahli politik Ireland yang menjadi wira dalam nasionalisme Ireland. Dia berkhidmat dalam Parlimen British dari tahun 1880 hingga tahun 1929. O’Connor lahir di Athlone, dalam kaunti Westmeath. Dia mula bekerja sebagai wartawan bagi sebuah surat khabar Dublin pada tahun 1867. Dia kemudian mengasaskan dan menyunting Star London, Sunday Sun, T.P’s Weekly, dan akhbar- akhbar lain yang diterbitkan di London. Dia juga menulis buku dan makalah. | UMUM | |
| KANUN PAHANG | KANUN PAHANG, teks Melayu lama mengenai undang-undang, dikenal juga dengan nama Hukum Kanun Pahang atau Undang-undang Pahang. Seperti teks Hukum Kanun Melaka, Adat Acheh, Undang-undang Laut Melaka, Hukum Dato’ Kota Star (Kedah) dan Undang-undang Johor. Kanun Pahang merakamkan undang-undang tradisional peribumi yang mungkin dilaksanakan atau menjadi rujukan serta panduan bagi melaksanakan sesuatu undang-undang negeri. Kanun Pahang juga mengandungi undang-undang yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Pahang pada abad ke-15 dan awal abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Akta |