Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (Strategic Arms Reduction Treaty) (START) merujuk kepada salah satu daripada dua persetujuan senjata yang mengurangkan bilangan senjata nuklear jarak jauh. Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menandatangani START I, yang pertama pada bulan Julai 1991. START I bertujuan mengurangkan bilangan peledak nuklear dan bom jarak jauh yang dimiliki oleh kedua-dua negara sebanyak kira-kira satu per tiga. |