Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata state


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FREE STATE UMUM 
EMPIRE STATE BUILDING

Empire State Building adalah antara bangunan

pencakar langit yang tertinggi di dunia. Ia terletak

di 350, 5th Avenue, di New York City.

UMUM 
DUMA

Duma, secara rasmi dikenali sebagai State

Duma, ialah dewan perundangan terendah

Rusia pada awal tahun 1900-an, iaitu pada zaman

pemerintahan Tsar Nicholas II.

UMUM 
STEYN, MARTHINUS THEUNIS

Steyn, Marthinus Theunis (1857–1916) ialah

presiden terakhir bagi Orange Free State sebelum

negeri tersebut menjadi sebahagian daripada

Afrika Selatan. Dia telah dipilih menjadi presiden

pada tahun 1896. Kebetulan, tempoh jawatan Steyn

bersamaan dengan usaha Britain untuk mengambil

alih Republik Boer. Sepanjang tempoh ini, dia tetap

memperjuangkan kemerdekaan Boer.

UMUM 
MAAZEL, LORIN

Maazel, Lorin (1930– ) ialah pemimpin muzik

Amerika, yang pertama berkhidmat sebagai

pengarah Vienna State Opera di Austria. Jawatan itu

disandang dari tahun 1982 hingga tahun 1984.

Pada tahun 1960, Maazel menjadi pemimpin

Amerika yang pertama di Bayreuth Fastival yang

terkenal di Jerman. Maazel menjadi pengarah muzik

pasukan Cleveland Orchestra dari tahun 1972

hingga tahun 1986. Maazel juga pernah memimpin

beberapa orkestra di merata dunia.

UMUM 
KUCING HARIMAU

Kucing harimau atau quoll ekor bertompok-tompok

ialah marsupial yang memakan daging,

yang hidup di timur Australia dan State w:st="on">TasmaniaState>.

UMUM 
OREGON

Oregon merupakan negeri di Pantai Pasifik,

Amerika Syarikat, juga dikenali kerana kawasan

hutan pokok malar hijaunya yang luas. Negeri ini

menjadi pengeluar kayu yang utama. Oregon

dikenali sebagai Beaver State (Negeri Beaver)

kerana ia membekalkan beribu-ribu bulu beaver

pada zaman perdagangan bulu pada tahun 1800-an.

UMUM 
NEBRASKA

Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di

kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini

adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil

tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi

Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska

berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto,

iaitu nebrathka .

UMUM 
KUCING MARSUPIAL

Kucing marsupial yang juga dikenali

sebagai kucing asli atau daysure, ialah mamalia

kecil berbulu yang tinggal di hutan di Australia

dan State w:st="on">TasmaniaState>.

UMUM 
SALEM

Salem (pend. 38 264) ialah bandar di

Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini

merupakan salah sebuah bandar yang penuh

sejarah di New England serta tempat pengadilan

tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar

tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri

kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel,

mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan

keluaran kulit.

Salem State College terletak di Salem. Banyak

rumah yang bersejarah terletak di bandar ini

termasuk rumah tempat lahir Nathaniel

Hawthorne dan House of Seven Gables.

UMUM 
12

Kembali ke atas