Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sté.réo.skop] | ستيريوسکوڤ

Definisi : (stéréoskop) (Fiz) alat yg dengannya dua keping gambar yg diambil dr sudut yg berlainan sedikit kelihatan seolah-olah bersatu dan timbul, teropong stereo. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sté.réo.skop] | ستيريوسکوڤ

Definisi : /stéréoskop/ ist alat yg ter­diri drpd dua kanta mata, yg digunakan utk melihat dua keping gambar yg diambil dr sudut yg berlainan sedikit, kelihatan spt bercantum dan timbul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata stereoskop


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 

Kembali ke atas