A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA | A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA, siri kelima penerbitan bibliografi yang dibiayai oleh The Netherlands Institute for International Cultural Relations atau Koninklijk Instituut voor Taal Land-en Volkenkunde. | BAHASA | Konsep |
INSTITUT KAJIAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA MALAYSIA | Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia atau Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS), institut bebas yang menjalankan penyelidikan secara tersendiri. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
MOHAMAD FUDOLI | MOHAMAD FUDOLI (1942- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Julai 1942 di Sumenep, Madura, Indonesia. Mohamad Fudoli mendapat pendidikan di Sekolah Menegnah Atas (SMA) di Madura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel di Surabaya. Sewaktu menuntut di IAIN Surabaya, Mohamad Fudoli aktif sebagai anggota organisasi Lembaga Seni Budaya Islam (Lesbumi) di Surabaya (1965). Pada tahun 1966, dengan biasiswa daripada Emiriah Arab Bersatu, dia menyambung pelajaran di Univeristi al-Azhar, Mesir dalam bidang falsafah. Kemudian dia melanjutkan pengajian sejarah di Institute of Islamic Studies dan Institute of Arabic Studies. Semasa belajar dia bekerja secara sambilan dengan kedutaan besar Republik Indonesia di Kaherah, Mesir. | SASTERA | Tokoh |
Y.B. MANGUNWIJAYA | Y.B. MANGUNWIJAYA (1929- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 6 Mei 1929 di Ambarawa, Jawa Tengah, Indonesia. Dia tamat belajar di Institut Filsafat dan Teologi “Sancti Pauli” Yogyakarta pada tahun 1959. Kemudian dia menerima Diplom-Ingenieur dari Sekolah Teknik Tinggi Rhein-Westfalen, Aachen, Jerman pada tahun 1966. Di samping itu, dia pernah mengikut Fellowship Aspen Institut for Humanistic Studies di Aspen, Corolado, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
SRI WULAN RUJIATI MULYADI | SRI WULAN RUJIATI MULYADI (1929-1993), penulis Indonesia. Dia lahir pada 17 September 1929 di Gorontalo, Sulawesi, Indonesia. Sri Wulan melanjutkan pelajaran di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia pada tahun 1959. Pada tahun 1980, dia mendapat ijazah Doktor Falsafah dari School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London dengan disertasinya yang berjudul “Hikayat Indraputra: A Malay Romance”. | SASTERA | Tokoh |
ZURAINA MAJID, DATO' | ZURAINA MAJID, Dato’ (1944- ), ahli arkeologi. Dia lahir pada 5 Oktober 1944 di Kuala Lumpur. Nama sebenarnya ialah Siti Zuraina binti Abdul Majid. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Baru dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Selepas itu dia melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dan lulus ijazah Sarjana muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Pengajian Cina pada tahun 1967. Zuraina menyambung pelajaran pada peringkat sarjana di Cambridge University, United Kingdom dan memperoleh M.A. dalam Oriental Studies pada tahun 1971. pada tahun 1978, dia memperoleh Ph.D dalam bidang antropologi dari Yale University, Amerika Syarikat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |