[su.di] | سودي
Definisi : 1. tidak keberatan (utk melakukan sesuatu), bersedia, rela: jikalau cendawan ~ tumbuh masakan bumi tidak terima; 2. suka (akan), berkenan, mahu: kalau tiap-tiap kali pelawaan orang ditolak, boleh jadi dikatanya tidak ~; bersudikan berkenan akan, suka akan; menyudikan, mempersudikan 1. menjadikan sudi (mahu, suka), memahukan; 2. meminta supaya sudi (melakukan sesuatu), mengajak supaya mahu, mempersilakan: tamu-tamu dipersudikan masuk; sudikanlah masuk ke rumah saya; 3. menarik (memancing) supaya mahu dll (melakukan sesuatu); kesudian perihal sudi, kemahuan, kerelaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.di] | سودي
Definisi : ; ~ siasat Mn bertanya-tanya utk menyelidiki (menyiasat dll); menyudi memeriksai, menyelidiki, menyiasat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.di] | سودي
Definisi : Kl; menyudi mencuba, menguji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[su.di] | سودي
Definisi : 1 sedia utk melakukan sesuatu; rela: Beberapa orang yg lalu-lalang telah ~ menghulurkan derma kpdnya. 2 mahu akan; suka: Aku tak ~ melihat mukamu. bersudikan berkenan (akan). menyudikan menggerakkan hati dll supaya sudi; menjadikan sudi: Apakah yg ~ engkau datang ke mari? mempersudikan meminta supaya sudi; mempersilakan: Beliau ~ para tetamu masuk. kesudian rasa sudi; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)