SUEZ | Suez ialah bandar dan pelabuhan di Mesir. Ia terletak di pintu masuk bahagian selatan Terusan Suez dan di sepanjang Teluk Suez. Bilangan penduduknya berjumlah kira-kira 326 820 orang. Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 M. Suez muncul sebagai sebuah pelabuhan terunggul dan menjadi pusat perindustrian utama dan terbesar yang merangkumi perindustrian penapisan minyak petrol dan pemprosesan baja. | UMUM | |
TERUSAN SUEZ | Terusan Suez merupakan sebuah terusan buatan manusia yang sempit di Mesir. Panjang terusan ini ialah 190 kilometer yang menjadi penghubung antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869, jalan laut dari United Kingdom ke India menjadi semakin dekat sekitar 9700 kilometer. Terusan Suez menjadi jalan laluan air yang tersibuk di dunia sehinggalah terusan ini ditutup pada tahun 1967, iaitu semasa perang Arab-Israel. | UMUM | |
SEMENANJUNG SINAI | Semenanjung Sinai ialah sebahagian daripada Mesir yang terletak di timur Terusan Suez dan Teluk Suez. Semenanjung ini bersempadan dengan bahagian barat Israel. Ia meliputi 61 100 kilometer persegi dengan penduduk seramai 200 000 orang. Semenanjung Sinai ialah daratan kering yang mempunyai beberapa oasis kecil. Di utara, daratan pantainya berpasir, di tengah terdapat penara batu kapur yang tinggi, manakala di selatan pula terdapat gunung-ganang. Semenanjung Sinai menghasilkan petroleum, mangan, dan mineral lain. | UMUM | |
PORT SAID | Port Said (pend. 460 000) ialah bandar di Mesir yang terletak di persimpangan Terusan Suez dan Laut Mediterranean. Namanya dalam bahasa Arab ialah Bur Said . | UMUM | |