Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sukarno


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUKARNO

SUKARNO (1901 – 1970), Presiden Republik Indonesia yang pertama (1945 – 1968).  Dia lahir pada 6 Jun 1901 di Surabaya, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Kusno Sosro Sukarno.  Bapanya Raden Sukemi Sosrodihardjo seorang priayi yang bekerja sebagai guru.  Ibunya pula ialah seorang wanita Bali bernama Idayu Nyoman Rai.  Ketika Sukarno berusia lebih kurang enam tahun, keluarganya berpindah dari Surabaya ke Sidoardjo dan kemudiannya ke Mojokerto.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
AIDIT D.N.

Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis

Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia

berjaya membina sebuah parti politik Indonesia

yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan

keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti

Komunis yang diketuainya menyokong Presiden

Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh

pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit

melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah

ditembak di sana.

UMUM 
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SUHARTO

SUHARTO, (1921 - 2007), Presiden Republik Indonesia yang kedua (1968-1998).  Dia lahir pada 8 Jun 1921 di Kemusuk, Argamulya, Yogyakarta, Indonesia.  Dia menggantikan Presiden Sukarno selepas peristiwa 30 September 1965.  Dia dilantik secara rasmi sebagai Presiden Indonesia pada 27 Mac 1968.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARTI NASIONAL INDONESIA

PARTI NASIONAL INDONESIA, parti politik beraliran nasionalis radikal di Indonesia. Nama asal pertubuhan ini ialah Perserikatan Nasional Indonesia.  Parti ini ditubuhkan pada 4 JuIai 1927 oleh Sukarno dan rakan-akannya, Iskak Tjokrohadisurjo, Tjipto Mangunkusumo, Budhiarto, Soenarjo, Anwari, Sartono dan Samsi.  Mereka bergerak dalam Algemene Studieclub di Bandung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA

KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PRRIPRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas