TAPAK SULAIMAN | Tapak sulaiman, juga dikenali sebagai bintang laut, ialah haiwan laut yang berduri kulitnya yang mempunyai unjuran yang tebal bak lengan pada badannya. Kebanyakan spesies tapak sulaiman mempunyai lima “lengan” dan kelihatan seperti bintang lima bucu. Sesetengah spesies mempunyai 40 lengan atau lebih. Tapak sulaiman hidup dalam semua lautan di dunia. | UMUM | |
SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH | SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAM SYAH ( ? -1760), Sultan Johor Riau-Lingga-Pahang (1721-1760). Baginda diputerakan setelah ayahandanya, Bendahara Tun Abdul Jalil, dilantik sebagai Sultan Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1719), pengganti Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Pada tahun 1721, keluarga Sultan Abdul Jalil dengan sokongan tentera upahan Bugis telah melantik Raja Sulaiman sebagai Sultan Johor, Riau, Lingga dan Pahang. Baginda bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
EKINODERMA | Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman, tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan timun laut adalah antara jenis yang paling biasa. | UMUM | |
SULAIMAN DAUD | SULAIMAN DAUD, Datuk Amar (1934 - ), ahli politik dan menteri. Dia lahir pada 5 Ogos 1934 di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah St. Joseph, Kuching. Pada tahun 1962, Sulaiman memperoleh Ijazah B.D.S. (Pergigian) dari Otago University, Dunedin, New Zealand. Pada tahun 1965, dia memperoleh ijazah B.Sc. (Public Health) dari University of Toronto, Kanada. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN | RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN ( ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR | MUNSYI SULAIMAN MD. NOR (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
WAN SULAIMAN PAKWAN TEH | WAN SULAIMAN PAKWAN TEH, Tan Sri (1926- ), Hakim Mahkamah Persekutuan (1974-1988). Dia lahir pada 17 Mei 1926 di Teluk Intan, Perak. Wan Sulaiman mendapat pendidikan di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda dalam bidang sastera dari Raffles College, Singapura. Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan memperoleh Barrister-at-Law dari Loncoln’s, London pada tahun 1955. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN | RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita. | SASTERA | Tokoh |
SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH | Kapsyen : Sultan Alauddin Sulaiman Syah SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SYAH (1865-1938), Sultan Selangor yang kelima (1898-1938). Baginda diputerakan pada 11 September 1865 di Kuala Selangor. Raja Sulaiman adalah putera Tengku Musa ibni Sultan Abdul Samad, Raja Muda Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD SAID SULAIMAN, DATO | Mohd. Said Sulaiman, Mejar Dato’ (1876-1955), tokoh persuratan Melayu. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1876 di Teluk Belanga, Singapura. | BAHASA | Tokoh |