Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.la.man] | سولمن

Definisi : ki sesuatu yg diselingi, selingan: adunan dan ~ dlm cerita ini dapat me­muaskan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.la.man] | سولمن

Definisi : hasil drpd menyulam, sujian, tekatan: diangkatnya barang ~ isterinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.la.man] | سولمن

Definisi : hasil drpd menyulam: ~nya cantik lagi kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulaman

Puisi
 

Sutera ini sutera sulaman,
     Ambil dibuat pengilat kaca;
Surat ini surat kiriman,
     Kalau nak tahu cubalah baca.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CONTOH SULAMAN UMUM 
SULAMAN

Sulaman ialah seni menjahit hiasan di atas fabrik

atau bahan yang seumpamanya dengan

menggunakan jarum dan benang. Jahitan itu boleh

dicantum untuk dijadikan pelbagai corak, termasuk

bunga, binatang, manusia, dan corak abstrak. Corak

dilukis di atas fabrik, dan kemudian disulam, atau

corak direka semasa menyulam.

UMUM 
TITIK JARUM

Titik jarum ialah satu bentuk sulaman, yang

jahitan dijahit melalui ruang atau petak-petak fabrik

jejaring terbuka yang dikenali sebagai kanvas . Ia

digunakan untuk membuat baju, gambar, dompet,

upholsteri dan banyak barang-barang lain. Titik

jarum pernah dikenali sebagai dewangga.

Corak boleh dilukis atau dicetak di atas kanvas.

Penyulam menggunakan jarum dewangga yang

tumpul dan pelbagai benang lembut. Kerja ini

termasuklah sulaman kain kapas, krewel, kait atau

yarn Parsi dan kadangkala jalur kulit atau reben.

Jahitan ini menghasilkan corak yang serata di atas

permukaan jejaring.

UMUM 
PETIT POINT

Petit point ialah bentuk sulaman yang halus,

selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus.

Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan

kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala

dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau

jahit setengah (half stitch).

UMUM 
KREWEL

Krewel, juga dikenali sebagai sulam krewel,

ialah sejenis sulaman yang dibuat dengan yan

bulu bebiri. Kebanyakan krewel mempunyai corak

yang dijahit pada kain kosong yang teguh.

UMUM 
SENI KHAT

Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang

mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik.

Seni khat dibentuk menjadi memanjang,

memendek, membulat, membujur, merentang,

menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat-

ayat al-Qur’an, hadith-hadith nabi dan kata-kata

hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan

khat. Keindahan seni khat bukan sahaja

dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Qur’an,

kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam,

tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar,

mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh

dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman,

tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan

terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat

pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303.

UMUM 
BALDU DEWANGGA

BALDU DEWANGGA, sejenis kain yang berasal dari India, Arab, Parsi dan China. Kain dewangga bererti kain yang indah untuk menutupi anggota badan dipakai oleh golongan bangsawan. Istilah dewangga umumnya merujuk kepada sejenis kain yang bercorak indah (biru atau kuning di atas kain natar merah). Dengan penggunaan bahan tertentu disebut lengkap sebagai sutera dewangga atau baldu dewangga. Kain ini juga dikenal sebagai ainulbanat atau kamkha. Misalnya pada abad ke-14, China pernah mengirim bingkisan ke Melaka iaitu sutera benang emas kamkha dewangga, yang bererti kain daripada benang sutera yang dihias dengan sulaman benang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas