| DIALEK MELAYU DI SULAWESI | DIALEK MELAYU DI SULAWESI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Pulau Sulawesi, Indonesia. Dialek ini bersaing dengan 60 bahasa daerah yang terdapat di Pulau Sulawesi. Sekurang-kurangnya ada dua dialek Melayu, masing-masing dengan sejarah dan fungsi berbeza-beza. Di sekitar bandar Ujung Pandang (yang dahulu dikenal sebagai Makasar) dan di seluruh Sulawesi Selatan, dialek Melayu Makasar digunakan sebagai bahasa perhubungan antara berbagai-bagai golongan etnik. Lebih kurang 1500 km ke utara di sekitar bandar Manado dan di seluruh Sulawesi Utara, dialek Melayu Menado berfungsi sebagai bahasa perhubungan. Malahan di Semenanjung Utara Sulawesi dialek Melayu Menado sudah berperanan sebagai bahasa ibunda bagi beratus ribu orang Minahasa. | BAHASA | Bahasa |
| ISLAM DI SULAWESI | ISLAM DI SULAWESI, perkembangan agama Islam di Sulawesi yang bermula pada tahun 1606, iaitu zaman Bugis-Makasar. Pada awal abad ke-17, setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Makasar merupakan sebuah pelabuhan terbesar di Sulawesi Selatan. Negeri dan kerajaan di Kepulauan Nusantara membuat hubungan perdagangan dengan Makasar. Melalui kegiatan perdagangan ini, Islam tersebar di Sulawesi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| LUWU | LUWU, salah sebuah kabupaten di Propinsi Sulawesi Selatan. Luwu terletak di ceruk Teluk Bone yang memisahkan semenanjung selatan daripada semenanjung tenggara Pulau Sulawesi, dengan Propinsi Sulawesi Tengah di bahagian utara. Ibu kotanya ialah Palopo yang terletak di lingkungan sebelah utara pantai Teluk Bone. Luas kabupaten Luwu ialah 17 277 km persegi dengan penduduk lebih kurang 400 000 orang. Kebanyakan penduduknya orang Bugis dan Toraja. Luwu merupakan kabupaten yang terluas di Sulawesi Selatan dan hutannya menghasilkan kayu, rotan dan damar. Sementara tanaman utamanya ialah kopi, kelapa sawit, sagu, dan padi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| DAENG PARANI | Daeng Parani (?–1724), pemimpin Bugis yang paling masyhur dari Sulawesi, Indonesia | UMUM | |
| ARUNG PALAKKA | Raja Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia. Dia lahir di daerah Sopeng, Sulawesi Selatan, Indonesia. Ayahnya ketua sebuah daerah kecil dan ibunya berasal daripada keluarga orang bangsawan Bugis dari Bone. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
| ABDUL KAHAR MUZAKKAR | ABDUL KAHAR MUZAKKAR (1921-1965), pemimpin Sulawesi, Indonesia yang memberontak menentang kerajaan pusat Indonesia untuk mendirikan sebuah Republik Islam Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
| ADAT PERKAHWINAN BUGIS | ADAT PERKAHWINAN BUGIS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan, Indonesia. | BUDAYA | Konsep |
| BAHASA MELAYU MANADO | BAHASA MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara. | BAHASA | Bahasa |
| DIALEK MELAYU MANADO | DIALEK MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara. | BAHASA | Bahasa |
| DIALEK MELAYU MAKASSAR | DIALEK MELAYU MAKASSAR, dialek yang berasal daripada ragam Melayu yang dituturkan pada awal abad ke-17 di bandar Makasar, Sulawesi, Indonesia. Selain bahasa Sulawesi Selatan, bahasa Melayu sudah amat luas digunakan juga di bandar yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pelabuhan utama dalam perdagangan rempah. Peranan bahasa Melayu pada zaman itu dapat dibuktikan dengan merujuk keterangan orang Eropah yang menyaksikan fungsi bahasa itu dan dengan membaca karya sastera Melayu yang dikarang di Makasar pada masa itu, seperti Syair Perang Makasar. | BAHASA | Bahasa |