Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sul.fat] | سولفت

Definisi : (Kim) garam atau ester asid sulfurik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sul.fat] | سولفت

Definisi : ist garam atau ester asid sulfurik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulfat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 
FERUS SULFAT UMUM 
TANIH ASID SULFATTanih bersifat asid. Lazim di dataran pantai yang selalui dibanjiri air laut.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 

Kembali ke atas