Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sul.fur] | سولفور

Definisi : (Kim) sj unsur bukan logam, belerang; ~ dioksida (Kim) sj gas yg tidak berwarna (terdapat apabila sulfur terbakar dlm udara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sul.fur] | سولفور

Definisi : ist unsur bukan logam berwarna kuning muda yg banyak digunakan dlm bidang perindustrian, perubatan dsb; belerang. ~ dioksida ist gas yg tidak berwarna, beracun, dan terhasil apabila sulfur terbakar dlm udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulfur


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
SULFUR

Sulfur ialah unsur kimia bukan logam, berwarna

kuning yang didapati di banyak bahagian di dunia.

Simbol kimia bagi sulfur ialah S. Ia telah digunakan

untuk pelbagai tujuan selama beratus-ratus tahun.

Orang Yunani dan Rom purba menggunakan sulfur

sebagai pencuci, peluntur, dan ubat. Unsur ini

kemudiannya menjadi penting sebagai satu daripada

bahan utama dalam serbuk letupan. Hari ini, sulfur

digunakan dalam pelbagai keluaran dan proses

industri.

UMUM 
SULFIDA

Sulfida ialah sebatian sulfur dengan beberapa

unsur lain biasanya logam. Semua sulfida

mengandungi ion sulfida (S2—). Sulfida adalah penting

dalam kimia dan industri. Hidrogen sulfida, iaitu gas

beracun, digunakan dalam makmal untuk menguji

pelbagai logam. Ia terbentuk secara semula jadi

daripada pereputan jirim organik.

UMUM 
SULFAT

Sulfat ialah sebatian kimia yang mengandungi

kumpulan tertentu atom, sulfur dan oksigen.

Kumpulan ini dikenali sebagai radikal sulfat (SO4

2—).

Biasanya, sulfat adalah sebatian yang stabil, yang

terbentuk dalam bentuk hablur. Sulfat biasa adalah

selestit, iaitu sulfat strontium; garam Epson, iaitu sulfat

magnesium; gipsum, iaitu sulfat kalsium dan spar

berat, iaitu sulfat barium. Banyak sulfat larut dalam

air, tetapi sesetengahnya seperti sulfat-sulfat barium,

strontium, dan plumbum, tidak larut dalam air.

UMUM 
PIRIT

Pirit atau kadangkala dikenali sebagai “emas

palsu”, ialah sebatian besi dan sulfur, FeS. Nama

lain baginya ialah pirit besi. Pirit didapati di

banyak tempat dan sering disalah anggap sebagai

emas. Ia boleh dibezakan daripada emas dengan

memanaskannya. Emas tulen tidak akan bertindak

balas apabila dipanaskan, tetapi pirit akan berasap

dan mengeluarkan bau busuk.

UMUM 
ANHIDRIDA

Anhidrida ialah bahan kimia yang membentuk

asid atau bes apabila berpadu dengan air.

Misalnya, air dan sulfur trioksida (SO3 ), iaitu asid

anhidrida, menjadi asid sulfurik (H2SO4 ).

UMUM 
SINABAR

Sinabar ialah bijih raksa yang terpenting. Ia

membekalkan kebanyakan bekalan raksa dunia.

Sinabar ialah mineral berwarna merah terang

yang mengandungi sulfur dan juga raksa. Ahli

sains menamakannya sulfida raksa dan simbol

kimianya ialah HgS. Sinabar biasanya terdapat

dalam jisim tanah atau bertaburan dalam baiduri.

Ia jarang wujud sebagai hablur. Bijihnya didapati

kebanyakannya dekat permukaan bumi, yang

dekat dengan batu gunung berapi dan mata air

panas. Mendapannya terdapat di China, Slovenia,

Sepanyol, dan Amerika Syarikat.

Lihat juga Mineral (gambar).

UMUM 
KALKOPIRIT

Kalkopirit adalah satu daripada bijih tembaga

yang paling banyak didapati dan sumber penting

bagi tembaga tulen. Kalkopirit terdiri daripada

tembaga, besi, dan sulfur. Ia berwarna kuning

loyang dan berkilat.

UMUM 
SPA

Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan

mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa

menjadi popular semasa pemerintahan Rom.

Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air

garam yang terkandung dalam air spa dapat

menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom

telah membina tempat mandi di Bath dan St.

Albans di England.

UMUM 
SANGA

Sanga ialah bahan bukan logam-logam yang

dikeluarkan semasa proses membuat besi

jongkong, melebur tembaga, plumbum, dan logam-

logam lain. Sanga dari relau bagas keluli

mengandungi sulfur dan silikat kalsium,

magnesium, dan aluminium. Sanga dari relau

tembaga dan relau melebur plumbum

mengandungi besi silikat, dan oksida logam lain

dalam kuantiti yang kecil. Sanga dari relau keluli

mengandungi kapur, besi oksida, dan silika.

Biasanya, bahan ini dilebur sekali lagi untuk

mendapatkan besi. Sanga kadangkala digunakan

untuk membuat simen dan jalan raya.

UMUM 
12

Kembali ke atas