SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN | SULTAN MUHAMMAD SYAH IBNI SULTAN ABDUL RAHMAN ( ? -1841), Sultan Riau-Lingga yang kedua (1832-1841). Sultan Muhammad Syah juga dikenal sebagai Tengku Besar. Baginda ditabal sebagai Sultan Riau-Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Abdul Rahman, pada 9 Ogos 1832. Sebaik sahaja ditabalkan sebagai sultan, baginda telah melantik Raja Abdul Rahman, cucu kepada Raja Haji dari Riau, sebagai Yang Dipertuan Muda Bugis, menggantikan bapanya Raja Jaafar. Sultan Muhammad Syah telah mengarahkan Yang Dipertuan Muda Abdul Rahman menyerang Inuk, jajahan Johor yang berada di bawah pemerintahan Raja Merkung dan Raja Markasan. Kedua-duanya adalah ketua lanun yang dikatakan merompak, melanun dan sering mengganggu perdagangan di kawasan tersebut. Raja Merkung dapat dikalahkan dan dihukum pancung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDULLAH | Sultan Abdullah ( ? – ? ) ialah Sultan Perak yang ke- 26 (1874–1877). Baginda dilantik sebagai Sultan Perak menggantikan Sultan Ismail hasil daripada Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Sebelum itu baginda dilantik sebagai Raja Muda menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1865. Sultan Abdullah adalah putera Sultan Jaafar Muazzam Syah yang memerintah Perak dari tahun 1857 hingga tahun 1865. | UMUM | |
SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD | SULTAN ABDUL RAHMAN IBNI SULTAN MAHMUD ( ? - 1832), Sultan Johor (1812 – 1832). Baginda juga dikenali dengan nama Tengku Jumat atau Komeng. Baginda ialah putera kepada Sultan Mahmud Syah (m.m. 1761 – 1812) dengan wanita Bugis, Che Mariam binti Bandar Hasan. Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada 12 Januari 1812 menggantikan ayahandanya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL | Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail (1932– ) ialah Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan (1984–1989) dan Sultan Johor (1981– ). Baginda dilantik sebagai Sultan Johor menggantikan ayahandanya yang mangkat pada tahun 1981. | UMUM | |
SULTAN ISMAIL PETRA | Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada 29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur, baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota Bharu. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH | Sultan Alauddin Riayat Syah (1455–1488) ialah Sultan Melaka yang ketujuh (1477–1488). Baginda dilantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya, Sultan Mansur Syah. Ada sumber menyebut bahawa ibu baginda ialah seorang wanita berketurunan Jawa. Baginda juga dikatakan pernah menjadi ‘ratu’ di Klang. Pada masa pemerintahan Sultan Alauddin, Melaka telah berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluki Aru. Dengan penaklukan tersebut, Melaka berjaya mengawal sepenuhnya Selat Melaka. Oleh itu, seluruh aktiviti perdagangan dan jalan perairan di Selat Melaka dikawal oleh satu kuasa tunggal yang berpusat di Melaka. | UMUM | |
SULTAN MAHMUD SYAH | Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor terakhir daripada jurai keturunan Iskandar Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya. | UMUM | |
SULTAN AHMAD SHAH | Sultan Ahmad Shah (1930– ) ialah Sultan Pahang Darul Makmur yang kelima (1974– ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Muadzam Shah. | UMUM | |
SULTAN MUHAMMAD SYAH | SULTAN MUHAMMAD SYAH ( ? -1475), Sultan Pahang yang pertama dari Melaka. Baginda ialah putera kepada Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka dan Puteri Wanang Sari atau Puteri Lela Wangsa. Baginda menjadi Sultan Pahang disebabkan peristiwa baginda membunuh Tun Besar, anak Tun Perak. Sultan Mansur Syah sendiri telah memarahi dan sesal dengan perbuatan Raja Muhammad. Atas titah Sultan Mansur Syah, Raja Muhammad telah dihantar dan dirajakan di Pahang dengan membawa gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan Muhammad Syah adalah Sultan Pahang yang pertama daripada keturunan Sultan Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ALI ISKANDAR SYAH | SULTAN ALI ISKANDAR SYAH (1824-1877), Sultan Johor (1840-1877). Baginda ialah putera kedua Sultan Husin Syah, Sultan Singapura-Johor. Walaupun Sultan Husin mangkat pada tahun 1835 di Umbai, Melaka, tetapi Tengku Ali hanya diakui sebagai Sultan pada 16 September 1840. Baginda memakai gelaran Sultan Ali Iskandar Syah. Pengisytiharan Sultan Ali dipersetujui oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Murchison dan diakui oleh kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |