Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark ®suluh I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : suku kaum peribumi yg berasal dr Kepulauan Sulu, Filipina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sulu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN SULU

ADAT PERKAHWINAN SULU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sulu di Filipina. Orang Sulu berkahwin pada usia yang amat muda, anak lelaki berumur 15 atau 16 tahun dan anak perempuannya lebih muda.

BUDAYAKonsep
BANGSA SULUBANGSA SULU, salah satu golongan utama etnik Moro, tinggal di Propinsi Sulu, Filipina Selatan.  Di Filipina, bangsa Sulu disebut Tao-Sug, yang bermaksud ‘orang arus’.  Menurut legenda, bangsa Sulu berasal dari gugusan Pulau-pulau Melayu Minangkabau.  BUDAYAKonsep
LAUT SULU UMUM 
PERJANJIAN SULU

PERJANJIAN SULU (1761), perjanjian yang ditandatangani antara Sultan Bantian dengan Dalrymple, wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC) di Madras, India.  Perjanjian persahabatan dan perdagangan ini adalah sebahagian daripada usaha peluasan kuasa British di Alam Melayu, khususnya di Kepulauan Sulu dan Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SULUKSULUK, suku kaum Sabah yang berasal dari Kepulauan Sulu.  Istilah Suluk juga kadangkala dieja sebagai Sooloo atau Sulu.  Orang Suluk di Sabah berasal dari pantai timur laut Mindanao, Filipina.  Pada sekitar tahun 1200, berlaku penghijrahan orang Suluk ke Kepulauan Sulu melalui hubungan mereka dengan para pedagang Bajau-Sama yang berasal dari Johor.  Menjelang awal abad ke-17, orang Suluk memantapkan kedudukan mereka di Sulu hingga dapat mempengaruhi pemerintahan Kesultanan Sulu pada abad ke-17 dan abad ke-18.  Orang Suluk dipercayai tiba di negeri Sabah pada sekitar 200 tahun dahulu bersama-sama kumpulan lain dari selatan Filipina seperti orang Bajau, Iranun dan Obian.  Mereka juga digelar sebagai Orang Laut kerana corak hidup mereka yang gemar belayar.BUDAYABangsa/Suku/Kaum
JAMAL UL-KIRAM II

JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32.  dia lahir di Filipina.  Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32.  dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir.  Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya.  Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga   ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika.  Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAMALUL AZAM

JAMALUL AZAM (  ? – 1881), Sultan Sulu (m.m. 1862-1881).  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Dia dikenal juga dengan nama Jamalul Alam.  Dia menggantikan ayahnya Sultan Muhamad Fald.  Masa pemerintahannya merupakan saat-saat terakhir Sulu sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat.  Pada zaman pemerintahannya persaingan antara kuasa Barat di perairan Sulu sampai ke kemuncaknya.  Semenjak pertengahan abad ke-19, pihak Sepanyol telah berusaha untuk menguasai Sulu sepenuhnya bagi mengelakkan Sulu jatuh kepada kuasa-kuasa Barat yang lain. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PENGAMBILAN SABAH

PENGAMBILAN SABAH, penjajahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Borneo Utara (Sabah).  Borneo Utara adalah sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei yang diserahkan kepada British pada akhir abad ke-19.  Sebelum itu, sebahagian daripada wilayah ini telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu setelah Sulu membantu Brunei mengamankan perang saudara yang berlaku di Brunei pada pertengahan abad ke-18.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
ISLAM DI FILIPINA

ISLAM DI FILIPINA, perkembangan agama Islam di Mindanao dan Sulu pada akhir abad ke-13. Menurut penulisan tradisi Moro, Tarsila,  Mindanao dan Sulu menjadi pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang Arab, China dan India sebelum kedatangan Islam di rantau Asia Tenggara. Pada tahun 1450, Kesultanan Sulu didirikan di Buansa (Jolo) oleh Syed Abu Bakr, seorang pedagang peranakan Makkah. Di bawah pimpinannya, institusi politik yang berasaskan Islam dibentuk dan Islam dari Buansa tersebar ke kawasan yang berhampiran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BALEMBANGAN

Balembangan, pulau kecil yang terletak di luar pantai utara Sabah dalam lingkungan perairan Laut Sulu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12

Kembali ke atas