CERITA SULUNG JAWA | Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Cerita Sulung JawaI> telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965. | SASTERA | Karya |
ROGAYAH SULUNG | ROGAYAH SULUNG (1942- ) qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dia lahir di Kampung Banggul Tuan Muda, Manir, Kuala Terengganu. Rogayah mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan sekolah agama di Kampung Tengah, Petai Bubus, Kuala Terengganu sehingga Darjah Enam. | BUDAYA | Tokoh |
PUTERA WALES | Putera Wales ialah gelaran yang diberikan kepada waris putera sulung takhta kerajaan United Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun telah melepaskan gelaran tersebut. Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales, yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301, Edward memberikan gelaran itu kepada putera sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang dikenali sebagai Edward II. Semenjak pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris putera sulung takhta kerajaan Britain menerima gelaran ini. | UMUM | |
HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA | | SASTERA | Karya |
DAUPHIN | Dauphin ialah gelaran rasmi putera sulung Perancis dari tahun 1349 hingga tahun 1830. Gelaran ini sama tarafnya dengan gelaran ‘Prince of Wales’ di England. | UMUM | |
PUTERI DIRAJA | Puteri Diraja ialah gelaran yang dianugerahkan oleh raja British kepada puterinya yang sulung. Gelaran ini tidak selalunya diberikan. Pada tahun 1900-an dua orang wanita memegangnya. Yang pertama, Puteri Mary (1897–1965), Puteri Raja George V. Pada tahun 1922, dia mengahwini Henry Lascelles, Earl of Harewood yang keenam (1882– 1947). Puteranya George Lascelles, earl yang ketujuh, ialah ketua famili dan menjadi masyhur sebagai pentadbir gedung opera. | UMUM | |
DUCHY OF CORNWALL | Duchy of Cornwall terdiri daripada estet yang dianugerahkan kepada putera sulung raja yang menerima hasil daripada estet ini setelah dia berusia 21 tahun. | UMUM | |
ZAYNAB BINT MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W. | Zaynab bint Muhammad Rasulullah SAW ( ? –8H/? – 630 M), anak sulung Rasulullah SAW. Bondanya ialah Khadijah bint Khuwaylid. Dia merupakan anak perempuan Rasulullah yang pertama mendirikan rumah tangga. Dia dikahwinkan dengan anak ibu saudara nabi, Abu al-’As ibn al-Rabi’ al-Abshami sebelum diutus menjadi rasul. | UMUM | |
PRIMOGENITUR | Primogenitur ialah sistem pewarisan yang diamalkan dengan meluasnya di Eropah sejak beratus-ratus tahun. Menurut sistem ini, anak sulung dalam sesebuah keluarga, dan biasanya anak lelaki yang tertua, mempunyai hak mutlak mewarisi pusaka (tanah dan harta benda lain) daripada ibu bapanya. | UMUM | |
DIPONEGORO | DIPONEGORO (1785 – 1855), pejuang yang menentang kekuasaan Belanda di Pulau Jawa, Indonesia. Dia dikenal juga dengan panggilan Syekh Ngadburahim atau Syekh Ngadbul hamid, anak sulung kepada Amangku Buwono III. Sejak kecil Diponegoro diberi didikan agama oleh neneknya, Ratu Agung, yang terkenal sebagai seorang alim. Semasa muda, Diponegoro sering bermeditasi di Gua Langse yang terletak di pantai selatan Pulau Jawa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |