TARIAN SUMAZAU | Tarian | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SUMAZAU | Kapsyen : Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
DANGSA | DANGSA, tarian yang amat popular di kalangan orang Melayu Cocos yang tinggal di Pulau Cocos, Australia dan di Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan dalam majlis keramaian oleh pasangan lelaki dan wanita, dan dikatakan mempunyai persamaan dengan sejenis tarian dari Scotland. Lenggang-lenggoknya mempunyai persamaan dengan tarian Sumazau di Sabah. Pakaian yang sesuai untuk tarian ini ialah ‘kebanyak’ untuk wanita dan ‘baskat’ untuk lelaki. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |