ANGLO-SAXON CHRONICLE | Anglo-Saxon Chronicle ialah karya agung pertama prosa Inggeris dan sumber sejarah Inggeris yang paling penting dari kira-kira tahun 800 hingga 1066. | UMUM | |
RAJA OMAR | RAJA OMAR ( ? -1721), Sultan Jembal (1675/1686-1721). Mengikut sumber sejarah Kelantan, pada awal abad ke-17, ada sebuah negeri atau kerajaan bernama Jembal di Kelantan. Pada tahun 1638, Jembal diperintah oleh seorang raja bernama Raja Sakti. Baginda mempunyai empat orang putera, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Omar dan Raja Sungai serta tiga orang puteri, iaitu Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor dan Puteri Cempaka Bongsu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ZAMAN GERHANA, | ZAMAN GERHANA, novel sejarah karya A. Samad Ahmad. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1976. Zaman Gerhana mempunyai asas sejarah yang kuat dan penulis menggarapnya berdasarkan Sejarah Melayu. Penulisan novel ini juga merujuk sebilangan buku dari sumber sejarah Barat seperti Portugis, Belanda dan British. Novel ini telah diadaptasi ke dalam bentuk drama pentas oleh Badan Budaya DBP di bawah arahan Othman Haji Zainuddin pada tahun 1986 (sempena DBP 30 tahun). | SASTERA | Konsep |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SUNGAI INDUS | Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi sumber kepada salah satu sistem saliran yang terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180 meter, mengalir ke barat dan ke barat daya sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara. | UMUM | |
STRABO | Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang memerihalkan seluruh bahagian dunia yang diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah sumber maklumat geografi yang terbaik tentang negara-negara Mediterranean pada permulaan Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab, selatan Eropah, serta utara Afrika. | UMUM | |
KESULTANAN KELANTAN | KESULTANAN KELANTAN, institusi kerajaan Kelantan. Bukti paling awal mengenai kerajaan dan Kesultanan Kelantan diperoleh daripada sumber China dan Sejarah Melayu. Menurut sumber China, pada abad ke-15, Kelantan diperintah oleh Maharaja Ku-ma-r (Kumar?) dan pada tahun 1411 baginda menghantar satu perutusan ke negeri China. Asal usul Maharaja Kumar tidak diketahui. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SARANG BURUNG | SARANG BURUNG, sumber ekonomi sejak abad ke-16. Berdasarkan rekod China, sarang burung dikatakan mula muncul dalam perdagangan di Asia tenggara, hanya pada akhir abad ke-16. Di Sabah, perdagangan sarang burung menjadi penting pada abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
GETAH HUTAN | GETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
KOTA JELASIN | KOTA JELASIN, salah sebuah ibu negeri Kelantan pada zaman silam. Mengikut sejarah tempatan, Kota Jelasin telah dibina oleh Raja Abdullah dan permaisurinya Puteri Sa’adong atas titah Che Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong, sebuah negeri di Kelantan dengan ibu negerinya di Chetok yang terletak dalam jajahan Pasir Mas sekarang. Kota Jelasin dibina sekitar tahun 1633 sempena pelantikan Raja Abdullah dan Puteri Sa’adong sebagai raja pemerintah. Sumber tempatan lain pula menyebut Puteri Sa’adong telah dilantik oleh Che Siti Wan kembang menjadi raja di Kota Jelasin pada tahun 1677. Manakala sebuah sumber tempatan lain menyebut, setelah Raja Abdullah berkahwin dengan Puteri Sa’adong, baginda telah dilantik sebagai raja negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga dengan gelaran Sultan Abdullah dan kemudian baginda telah membina Kota Jelasin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |