Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : tali air yg semula jadi, batang air, kali: S ~ Pahang; anak ~ cabang dr sungai yg besar, sungai kecil; hilir ~ bahagian sungai sebelah bawah, lwn udik (hulu); hulu ~ bahagian atas sungai, udik; kalau menyeberang ~ biarlah ditelan oleh buaya, tetapi jangan dipagut oleh ikan kecil­kecil prb jikalau kita membuat sesuatu kesalahan biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa (ditegur oleh orang yg berilmu) tetapi jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil; ke sungai bh (pergi) membuang air besar; ~ sambil mandi prb sekali membuat, dua tiga pekerjaan diselesaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ngai] | سوڠاي

Definisi : aliran air semula jadi yg menyalurkan air ke laut (ke tasik atau ke sungai lain); batang air; kali: ~ Pahang; anak ~ cabang kpd sungai yg lebih besar. ke ~ bh buang air. ke ~ besar berak. ke ~ kecil kencing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungai

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Ke sungai sambil mandi.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI AMAZON

Sungai Amazon ialah sungai kedua terpanjang di

dunia selepas Sungai Nil di Afrika. Sungai ini

merupakan sungai utama di Amerika Selatan dan

sepanjang 6437 kilometer. Sungai Amazon

mengandungi lebih banyak air daripada sungai-sungai

lain seperti Sungai Mississippi, Sungai

Yangtze, dan Sungai Nil yang digabungkan bersama.

UMUM 
SUNGAI ZAMBEZI

Sungai Zambezi ialah sungai yang keempat

terpanjang di Afrika selepas Sungai Nil, Sungai

Congo, dan Sungai Niger. Sungai Zambezi

berpunca di Zambia, berhampiran sempadan Zaire

dengan Angola. Sungai tersebut mengikut aliran

yang berliku-liku sejauh 2736 kilometer,

memisahkan Zambia daripada Zimbabwe dan

merentasi Mozambique dan mengalir masuk ke

Terusan Mozambique [lihat Afrika (peta)]. Sungai

Zambezi mempunyai banyak cabang dan

menyalirkan kawasan lebih daripada 1 300 000

kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI INDUS

Sungai Indus ialah sungai yang terpanjang di

Pakistan. Dalam puisi purba sejarah India, sungai ini

dikenali sebagai “Raja Sungai”. Sungai ini menjadi

sumber kepada salah satu sistem saliran yang

terbesar di dunia. Sungai Indus berpunca di Tibet di

utara Pergunungan Himalaya pada ketinggian 5180

meter, mengalir ke barat dan ke barat daya

sepanjang kira-kira 2897 kilometer dan mengalir

masuk ke Laut Arab melalui beberapa muara.

UMUM 
SUNGAI UBANGI

Sungai Ubangi ialah anak sungai utama di

sebelah utara Sungai Congo, Afrika. Sungai Ubangi

yang dieja sebagai Oubangui, berukuran kira-kira

2250 kilometer panjang termasuk hulu sungainya

iaitu Sungai Mbomu. Sungai ini terbentuk daripada

gabungan Sungai Mbomu dengan Sungai Uele,

dan mengalir masuk ke dalam Sungai Congo

berhampiran Tasik Tumba di Zaire.

Sungai Ubangi membentuk garisan sempadan

sepanjang kira-kira 1100 kilometer yang

memisahkan Zaire dengan Congo di sebelah barat,

dan Republik Afrika Tengah di sebelah barat laut.

Sungai ini boleh dilayari sepanjang tahun bermula

dari bahagian hilir Bangui, Republik Afrika Tengah.

UMUM 
SUNGAI TIBER

Sungai Tiber ialah sungai ketiga terpanjang di

Itali selepas Sungai Po dan Sungai Adige. Sungai

Tiber berpunca dari Pergunungan Apennines di

bahagian tengah Itali, yang mempunyai ketinggian

1268 meter di atas aras laut. Sungai ini mengalir

sejauh 390 kilometer melalui Pergunungan

Sabine, iaitu satu banjaran Pergunungan

Apennines, kemudian melalui Rom dan terus ke

Laut Tyrrhenian (lihat Itali [peta rupa bumi]). Ia

mengalir ke laut melalui cawangan-cawangannya

di Ostia dan Fiumicino. Sungai Tiber sering

melimpahi tebingnya. Tambak banjir telah dibina

di Rom.

UMUM 
SUNGAI CONGO

Sungai Congo, dikenali juga sebagai Sungai Zaire,

ialah sungai yang kelima terpanjang di dunia. Ia

bermula di selatan Kabalo, Zaire, tempat Sungai

Lualaba dan Luvua bertemu. Dari tempat ini hingga

Air Terjun Boyoma (dahulu dikenali sebagai Air

Terjun Stanley), sungai ini dikenali sebagai Sungai

Lualaba. Selepas Air Terjun Boyoma, sungainya

dikenali pula sebagai Sungai Congo. Di Zaire, ia

dikenali sebagai Sungai Zaire. Sungai Congo (Zaire)

mengalir sejauh 4667 kilometer melalui barat-tengah

Afrika tengah. Sungai ini mengalirkan air yang

terbanyak berbanding sungai-sungai lain kecuali

Sungai Amazon. Sungai ini menyaliri kawasan seluas

kira-kira 3 630 000 kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI PARANÁ

Sungai Paraná ialah sungai kedua terpanjang di

Amerika Selatan selepas Sungai Amazon.

Panjangnya kira-kira 4000 kilometer. Sungai Paraná

berpunca di selatan Brazil, iaitu pertemuan Sungai

Rio Grande dan Sungai Paranaiba. Dari sini, Sungai

Paraná mengalir ke selatan melalui Brazil dan

sepanjang sempadan di antara Brazil dengan

Paraguay. Kemudian sungai ini menjadi sempadan

di antara Paraguay dengan Argentina dan mengalir

melalui Argentina. Sungai ini masuk ke Lautan

Atlantik melalui muara yang dikenali sebagai

Sungai Plata (Rio de la Plata). Kapal boleh mudik

melalui muara itu dan terus sampai ke Paraná

sejauh Rosario, Argentina, iaitu 640 kilometer dari

Lautan Atlantik. Sungai Paraguay ialah cabang

utama Sungai Paraná. Lihat juga Rio de la Plata;

Sungai Paraguay.

UMUM 
SUNGAI NIGER

Sungai Niger ialah sungai yang ketiga terpanjang

di Afrika selepas Sungai Nil dan Sungai Congo

(Zaire). Sungai Niger mengalir sejauh kira-kira 4180

kilometer di barat Afrika. Ia membawa lebih banyak

air daripada mana-mana sungai di Afrika yang lain

kecuali Sungai Congo (Zaire). Sungai Niger menyaliri

kawasan seluas kira-kira 1 500 000 kilometer persegi.

UMUM 
SUNGAI PERAKSUNGAI PERAK, sungai kedua terpanjang di Malaysia iaitu lebih kurang 400 km.  Dari muara Sungai Perak hingga ke bandar Kuala Kangsar terdapat sebanyak 99 cawangan sungai.  Di tengah-tengah aliran sungai ini terdapat banyak pulau kecil.  Sungai Perak bermula dari Gunung Hulu Merah, yang terletak di sempadan Perak – Thailand yang ketinggiannya melebihi 1000 m.  Cawangan utama Sungai Perak ialah Sungai Kinta, Sungai Batang padang, Sungai Bidor, Sungai Tangkas, Sungai Tiang, Sungai Pial, Sungai Kerunei, Sungai Temenggor, Sungai Pelus, Sungai Lenggong, Sungai Temelong dan Sungai Kangsar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI RAJANG

Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia.

Sungai sepanjang 563 kilometer ini berpunca dari

banjaran gunung yang berhampiran dengan

sempadan Sarawak dari Indonesia. Ia terdiri

daripada dua cabang utama iaitu Sungai Baleh dan

Sungai Balui. Panjang sungai ini adalah satu per

lima daripada panjang Sungai Amazon (Amerika

Selatan) dan Sungai Yangtze, dan hampir satu per

tiga panjang Sungai Danube.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas