Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sungainya

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Tuan datang dengan rombongan;
Hendak kubawa perahu sempit,
     Tinggallah emak tinggallah junjungan.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUNGAI MURRAY

Sungai Murray dan cawangan-cawangan

sungainya membentuk sistem sungai terbesar di

Australia. Kawasan tadahannya yang meliputi

1 056 720 kilometer persegi terletak di sudut

tenggara benua itu. Ia meliputi satu per tujuh

jumlah kawasan seluruh Australia. Panjang Sungai

Murray ialah 2589 kilometer. Cawangan Sungai

Murray yang utama ialah Sungai Darling yang

berukuran 2740 kilometer panjang, Sungai

Murrumbidgee yang berukuran 1575 kilometer

panjang; dan Sungai Goulburn yang berukuran 560

kilometer panjang. Sungai Murray-Darling

merupakan sistem sungai yang keempat

terpanjang di dunia. Aliran sungai yang melalui

Condamine, Darling, dan Murray hingga ke laut

berukuran sejauh 3782 kilometer.

UMUM 
SUNGAI UBANGI

Sungai Ubangi ialah anak sungai utama di

sebelah utara Sungai Congo, Afrika. Sungai Ubangi

yang dieja sebagai Oubangui, berukuran kira-kira

2250 kilometer panjang termasuk hulu sungainya

iaitu Sungai Mbomu. Sungai ini terbentuk daripada

gabungan Sungai Mbomu dengan Sungai Uele,

dan mengalir masuk ke dalam Sungai Congo

berhampiran Tasik Tumba di Zaire.

Sungai Ubangi membentuk garisan sempadan

sepanjang kira-kira 1100 kilometer yang

memisahkan Zaire dengan Congo di sebelah barat,

dan Republik Afrika Tengah di sebelah barat laut.

Sungai ini boleh dilayari sepanjang tahun bermula

dari bahagian hilir Bangui, Republik Afrika Tengah.

UMUM 
DOUALA

Douala (pend. 1 029 7312) ialah bandar raya yang

terbesar dan pelabuhan laut yang terpenting di

Cameroon. Ia terletak di pinggir Sungai Wouri,

kira-kira 25 kilometer dari Teluk Guinea, yang

sungainya mengalir ke Teluk Guinea, cabang

Lautan Atlantik (lihat Cameroon [peta]).

UMUM 
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 
PAPAR

PAPAR, sebuah daerah petempatan utama di pantai barat Sabah sebelum British berkuasa.  Ketika itu daerah Papar lebih dikenal sebagai Sungai Papar.  Di selatannya ialah Sungai Kimanis dan Sungai Bongawan sementara di utaranya Sungai Kawang dan Sungai Kinarut.  Sempadan daerah ini ditentukan mengikut sungainya. Oleh itu, daerah Papar hanyalah merujuk kepada kawasan sebelah-menyebelah sungainya sahaja, dari hulu hingga ke muara sungai.  Setiap daerah ini dimiliki oleh keluarga Kesultanan Brunei dan tertakluk di bawah peraturan serta undang-undang kerajaan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI CONGO

Sungai Congo, dikenali juga sebagai Sungai Zaire,

ialah sungai yang kelima terpanjang di dunia. Ia

bermula di selatan Kabalo, Zaire, tempat Sungai

Lualaba dan Luvua bertemu. Dari tempat ini hingga

Air Terjun Boyoma (dahulu dikenali sebagai Air

Terjun Stanley), sungai ini dikenali sebagai Sungai

Lualaba. Selepas Air Terjun Boyoma, sungainya

dikenali pula sebagai Sungai Congo. Di Zaire, ia

dikenali sebagai Sungai Zaire. Sungai Congo (Zaire)

mengalir sejauh 4667 kilometer melalui barat-tengah

Afrika tengah. Sungai ini mengalirkan air yang

terbanyak berbanding sungai-sungai lain kecuali

Sungai Amazon. Sungai ini menyaliri kawasan seluas

kira-kira 3 630 000 kilometer persegi.

UMUM 
SEMENANJUNG KAMCHATKA

Semenanjung Kamchatka menganjur ke arah

selatan dari timur Siberia, Rusia, di antara Laut

Bering dengan Laut Okhotsk. Untuk lokasi, lihat

Rusia (peta muka bumi). Luas semenanjung ini kirakira

350 000 kilometer persegi dengan penduduk

kira-kira 422 000 orang. Di sepanjang semenanjung

ini terdapat banjaran gunung berapi. Semenanjung

ini dilitupi oleh hutan tebal. Perikanan dan

perburuan merupakan industri utamanya. Kawasan

ini membekalkan kulit beruang, sabel, musang,

memerang, otter, dan singa laut. Anak sungainya

mengandungi banyak ikan salmon. Di pantai

baratnya terdapat beberapa kawasan penangkapan

ketam yang utama.

UMUM 
TASIK CINI

TASIK CINI, sebuah tasik asli, terletak di lembah Sungai Pahang. Air Tasik Cini datang dari Sungai Pahang melalui anak sungainya, iaitu Sungai Cini. Dari Tasik Cini, air mengalir masuk ke dalam empat buah sungai: Sungai Gumuni, Sungai Jembarau, Sungai Malai dan Sungai Perupuk. Tasik Cini dikenali kerana legendanya, iaitu Naga Tasik Cini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SUNGAI YANGTZE

Sungai Yangtze, juga disebut Yangtze Kiang

ialah sungai yang ketiga terpanjang di dunia dan

yang terpanjang serta terpenting di China. Bagi

kebanyakan penduduk China, Sungai Yangtze

dikenali sebagai Chang Jiang, atau sungai panjang.

Sungai ini berpunca dari Pergunungan Tanggula di

Wilayah Qinghai, kira-kira 4880 meter di atas aras

laut. Sungai itu mengalir ke timur, tenggara, dan

kemudian ke selatan ke provinsi Yunan. Dari sini ia

mengalir ke timur laut menyeberangi provinsi

Sichuan (Szechwan), kemudian mengalir mengikut

haluan yang tidak tetap ke timur melalui bahagian

tengah China dan memasuki Laut China Timur,

6300 kilometer dari puncanya. Sungai Yangtze dan

cabang sungainya mengairi kawasan seluas kira-kira

1 829 000 kilometer persegi.

UMUM 

Kembali ke atas