Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sung.guh.pun] | سوڠݢوهڤون

Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguhpun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun.,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORANG PILTDOWN

Orang Piltdown menjadi satu bahan gurauan

besar dalam kajian manusia prasejarah. Dari tahun

1908 hingga tahun 1912, pelbagai bahagian

tengkorak dan rahang telah ditemui dalam satu

kawasan lubang batu kerikil di Piltdown, Sussex,

England. Sesetengah ahli sains percaya bahawa

tinggalan tersebut berasal daripada tulang manusia

yang hidup 250 000 tahun yang lalu. Ahli sains yang

lain pula menafikannya. Sungguhpun begitu, orang

Piltdown menjadi begitu masyhur sehingga

dianggap oleh sesetengah ahli sains sebagai

penghubung yang tidak diketahui, antara manusia

moden dengan beruk.

UMUM 
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 
PERTUBUHAN SUKARELA

PERTUBUHAN SUKARELA, badan yang keahliannya secara sukarela. Kebebasan berpersatuan dan kewujudan pertubuhan sukarela adalah satu ciri penting dalam sistem demokrasi. Sungguhpun kebebasan itu perlu disesuaikan dengan keperluan dan kepentingan setempat namun, pertubuhan jenis ini menjadi saluran terpenting bagi manusia memenuhi hasrat dan naluri semula jadi untuk hidup berkelompok atau berkumpulan. Sistem demokrasi menggalakkan kewujudan berbagai-bagai bentuk dan jenis persatuan atau pertubuhan sukarela kerana dengan demikian sahajalah tercapainya suatu bentuk keseimbangan dalam masyarakat yang boleh mengurangkan pula kemungkinan tercetusnya ketegangan yang boleh menggugatkan sistem itu sendiri.

BUDAYAPersatuan
SEVASTOPOL

Sevastopol (pend. 335 000) terletak di Laut Hitam,

di bahagian barat daya Semenanjung Krimea

di Ukraine. Untuk lokasi, lihat Ukraine (peta).

Sevastopol mempunyai sebuah pelabuhan yang

panjang. Pengepungan bandar itu selama 11 bulan

dari tahun 1854 hingga tahun 1855 menandakan

kemuncak pertempuran dalam Perang Krimea.

Sevastopol diserang sekali lagi pada tahun 1918,

semasa Perang Dunia I. Pengepungan selama lapan

bulan dari tahun 1941 hingga tahun 1942 ketika

Perang Dunia II telah memusnahkan bandar

tersebut. Sungguhpun demikian, sebahagian besar

bandar ini telah didirikan semula.

UMUM 
ORANG VIKING

Orang Viking merupakan kaum pelaut yang

bangkit untuk menguasai utara Eropah pada zaman

pertengahan. Sejarah cenderung menggambarkan

mereka sebagai pahlawan dan lanun bengis yang

mengganas di Eropah sejak akhir tahun 700-an

hingga kira-kira tahun 1100. Walau bagaimanapun,

pada ketika itu kelasi Viking yang berani juga

menjelajah Lautan Atlantik Utara malah hingga ke

Amerika. Tindakan rompakan di laut dan

penjelajahan mereka ini telah menyebabkan zaman

ini dinamakan Zaman Viking dalam sejarah Eropah.

Sungguhpun demikian, orang Viking juga

merupakan pelukis, pencerita dan juga penyair yang

mempunyai bakat semula jadi.

UMUM 
SULTAN ISKANDAR ZULKARNAINSULTAN ISKANDAR ZULKARNAIN (   ?  -1765), Sultan Perak yang ke-15 (1752-1765). Baginda adalah putera Raja Muda, Raja Muhammad. Pada tahun 1745, semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah III (1728-1752), Raja Muhammad dan Raja Iskandar bersekutu dengan pihak Bugis dari Selangor dan menguasai hilir Perak. Sungguhpun Raja Muhammad menjadi sultan, kuasa sebenar terletak di tangan Raja Iskandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MELANAU

MELANAU, kaum bumiputera yang keempat terbesar di Sarawak setelah kaum Iban, Melayu dan Bidayuh.  Pada asalnya, mereka tidak menamakan diri mereka Melanau.  Panggilan Melanau ini diperkenalkan semasa pemerintahan Brunei.  Orang Melanau, terutama di kawasan Mukah, Oya dan Dalat memperkenalkan diri mereka sebagai              ‘a-likou’ iaitu orang sungai.  Sungguhpun begitu ‘likou’ juga bermaksud orang Melanau yang masih mengamalkan kepercayaan lama.  Mereka juga memperkenalkan diri mereka mengikut nama tempat.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SEWANG

SEWANG, upacara amal yang bersifat kolektif yang diadakan oleh suku kaum Orang Asli  daripada rumpun Senoi dan Semang sempena dengan sesuatu kejadian atau peristiwa penting dalam masyarakat berkenaan.  Sewang berkait rapat dengan kepercayaan animistik suku kaum Senoi dan Semang tentang pentingnya manusia menjalinkan hubungan yang harmonis dengan makhluk ghaib demi menjamin kesejahteraan sosial dan rohaniah ahli masyarakat.  Menurut kepercayaan mereka, sungguhpun makhluk ghaib itu boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan manusia, mereka juga dapat menolong manusia.  Upacara sewang diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan  makhluk-makhluk ghaib.  Melalui sewang, orang Senoi dan Semang menyatakan yang mereka sentiasa mengingati, menghormati dan berterima kasih kepada makhluk ghaib, khususnya para ‘gunig’, atas bantuan dan perlindungan yang telah diberikan.

BUDAYAPerayaan/Upacara
TENGGARA

TENGGARA, judul dwibahasa. Tenggara mulai diterbitkan pada tahun 1967 oleh Universiti Malaya dengan kekerapan sekali setahun. Mulai tahun 1968, ia diterbitkan dua kali setahun. Pada tahun 1979, Tenggara dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan mulai tahun 1989, penerbitannya diambil alih oleh Yayasan Penataran Ilmu. Tujuan utama jurnal ini adalah untuk menghasilkan karya-karya kreatif yang asli dalam bahasa yang luas digunakan di Malaysia dan Singapura. Sungguhpun begitu rencana dalam bidang lain seperti kebudayaan, kesenian, bahasa dan kesusasteraan tradisional turut diterbitkan. Karya yang bukan dalam bahasa Inggeris diterbitkan dalam terjemahan Inggeris sementara karya tentang sastera Melayu diterbitkan dalam bentuk asal.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas