Sunni Ali ( ? –1492?), memerintah Empayar
Songhai di Afrika Barat dari tahun 1464 hingga
tahun 1492. Dia mula mengambil Empayar Mali
kira-kira pada tahun 1464 dan menjadikan Songhai
sebagai negara yang paling berkuasa di barat
Sudan.
Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami
kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air
mereka tersebar luas merangkumi sebahagian
daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan
Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini
tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan
berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian
besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni.
Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis
bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan
bahasa Parsi.
Thanks for clicking. That felt good.