Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : 1. sesuatu yg disunting (bunga dll); 2. pembetulan atau pembaikan karangan (buku, makalah, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sun.ti.ngan] | سونتيڠن

Definisi : apa-apa yg dijadikan sunting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suntingan

Puisi
 

Anak itik terbang ke hutan,
     Disambar buaya patah kakinya;
Bunga cantik jadi suntingan,
     Tak sangka begini harum baunya.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EISENSTEIN, SERGEI MIKHAILOVICH

Eisenstein, Sergei Mikhailovich (1898–1948)

ialah pengarah filem, ahli teori dan guru berbangsa

Rusia. Dia terkenal kerana kaedah suntingan

gambarnya yang dikenali sebagai montaj (susunan

gambar dalam turutan untuk menunjukkan makna

simbolik).

UMUM 
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas