Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.pa.ya] | سوڤايا

Definisi : mudah-mudahan tercapai atau sampai maksudnya; agar; hendaknya: Belajarlah kamu ~ tidak kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
supaya (kata tugas)
Bersinonim dengan agar, semoga, moga-moga, hendaknya, mudah-mudahan.,

Puisi
 

Pasang kelambu tepi jendela,
     Supaya senang pintu dikunci;
Biar beribu dara dan janda,
     Saya memilih yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Supaya tahu akan pedas lada,
     supaya tahu akan masin garam.

Bermaksud :

Ajaran supaya tahu akan susah hidup.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN HUJAN

Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh

Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya

Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat

supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka.

Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan

diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling

sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan

tarian ini pada musim bunga ketika musim

menanam dan pada musim panas ketika tanaman

sedang membesar. Setiap suku mempunyai

upacara tersendiri untuk memanggil hujan.

Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli

Papago, menyanyi dan menari serta minum wain

yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku

Hopi pula menari sambil menggonggong ular

orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka

agar menurunkan hujan.

UMUM 
SABARAntara sifat mulia dan terpuji yang sangat dituntut supaya masyarakat Islam sama-sama mengamalkannya.AGAMAKonsep
MIKROSKOP

Mikroskop ialah alat yang membesarkan objek

yang terlampau kecil supaya mudah dilihat.

Mikroskop tergolong dalam salah satu alat yang

paling penting dalam sains. Contohnya doktor dan

ahli biologi, menggunakan mikroskop untuk

memeriksa bakteria dan sel darah. Ahli sains dan

jurutera bahan menggunakan mikroskop untuk

mengkaji struktur hablur di dalam logam dan aloi

(campuran logam) dan memeriksa cip komputer

serta peranti kecil elektronik lain. Pelajar biologi

pula menggunakan mikroskop untuk memerhati

dan mempelajari tentang alga, protozoa dan

organisma bersel tunggal yang lain.

UMUM 
SUNGKUP

Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur

di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air

dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh

terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering,

clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun,

habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan

lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter

hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu

menyimpan air dalam tanah dengan

mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput

dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan

rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman.

Sungkup berharga kepada pekebun di rumah,

tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja

komersial.

UMUM 
KAMEO

Kameo ialah permata yang dituris dengan corak

yang diukir supaya ia timbul dari permukaan.

UMUM 
MIKROTOM

Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk

memotong bahan menjadi sangat nipis supaya

keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia

mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen,

pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan

skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat

juga Mikroskop; Mikrotomi.

UMUM 
AZAN

Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam.

Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan

sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa

bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini

terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk

mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan

datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki,

dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus,

yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk

rantau) yang jauh”.

UMUM 
PETISYEN

Petisyen ialah dokumen bertulis yang

ditandatangani oleh ramai orang untuk menuntut

supaya sesuatu tindakan diambil. Petisyen secara

amnya dikemukakan kepada kerajaan pusat atau

kerajaan tempatan.

UMUM 
DOK KERING

Dok kering ialah satu kawasan tempat kapal

dikeluarkan dari kawasan perairan supaya

kerja-kerja pembaikan boleh dilakukan terhadap

kapal tersebut di bawah paras air laut.

UMUM 
MUBALIGH KRISTIAN

Mubaligh Kristian bermakna seseorang yang

berperanan mengajak memeluk dan

mempengaruhi orang ramai supaya memeluk

agama Kristian. Dia menggunakan pelbagai cara

untuk mencapai tujuan itu termasuklah melalui

bidang pendidikan, kepakaran akademik,

penjagaan kesihatan dan khidmat sosial yang lain.

Aktiviti ini sekarang dijalankan oleh pihak gereja

yang lebih dikenali sebagai kristianisasi.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas