Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata surah al-nabi

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-BAQARAH

Surah al-Baqarah ialah salah satu daripada

surah-surah Madaniyyah, surah yang kedua

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 286 ayat. Surah ini dinamakan al-

Baqarah (lembu betina) untuk mengingati mukjizat

terbesar yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s.

Ia mengandungi kisah seorang lelaki daripada Bani

Israel yang telah dibunuh. Pembunuhnya tidak

dapat diketahui. Mereka mengemukakan perkara

ini kepada Nabi Musa a.s. dengan harapan baginda

dapat mengetahui siapa si pembunuhnya. Lalu

Allah S.W.T. mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.

supaya memerintahkan mereka menyembelih

seekor lembu betina dan memukul si mati dengan

sebahagian dagingnya. Maka, dengan izin Allah

S.W.T. si mati itu hidup semula dan memberitahu

mereka siapa pembunuhnya. Peristiwa ini menjadi

bukti kekuasaan Allah S.W.T. yang dapat

menghidupkan makhluk sesudah ia mati.

UMUM 
SURAH AL-ANBIYA'

Surah al-Anbiya’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-21 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 112 ayat.

Surah ini dinamakan Surah al-Anbiya’ kerana di

dalamnya Allah S.W.T. menyebut kisah beberapa

orang nabi yang mulia. Kadang-kadang kisah para

nabi ini diceritakan dengan panjang lebar dan

kadang-kadang ringkas sahaja.

UMUM 
SURAH AL-TAHRIM

Surah al-Tahrim ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-66 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dikenali dengan al-Tahrim, kerana

perkataan ini telah datang di permulaan surah al-

Tahrim yang bermaksud:

“Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan

(dengan bersumpah menyekat dirimu daripada

menikmati apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu)”.

(Surah al-Tahrim 66:1)

UMUM 
SURAH AL-INSHIRAH

Surah al-Inshirah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-94 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Inshirah (perihal

melapangkan dada Nabi) kerana dalam ayat

pertamanya Allah S.W.T. berfirman yang

bermaksud:

“Bukankah Kami telah lapangkan dadamu (wahai

Muhammad serta mengisinya dengan iman dan

hidayah petunjuk)?”

(Surah al-Inshirah 94:1)

UMUM 
SURAH AL-HUJURAT

Surah al-Hujurat ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-49 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

28 ayat. Surah ini dinamakan al-Hujurat (bilik-bilik)

kerana Allah S.W.T. menyebut tentang kemuliaan

rumah Nabi Muhammad s.a.w., di dalamnya

terdapat bilik-bilik yang telah diduduki oleh isteri-isteri

Rasulullah s.a.w. yang suci.

UMUM 
SURAH AL-TUR

Surah al-Tur ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-52 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 49 ayat.

Surah ini dinamakan al-Tur kerana Allah S.W.T.

memulakan surah ini dengan bersumpah dengan

nama Bukit Tur, tempat Nabi Musa a.s. berbicara

dengan Allah S.W.T. Peristiwa itu menjadikan Bukit

Tur diliputi dengan cahaya dan kebesaran serta

limpahan rahmat Ilahi yang menjadikannya tempat

serta permukaan bumi yang dimuliakan.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM 
SURAH AL-SYU'ARA'

Surah al-Syu‘ara’ ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-26 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

127 ayat. Surah ini dinamakan al-Syu‘ara’ (para

penyair) kerana Allah S.W.T. menyebut di

dalamnya perihal para penyair. Ia bertujuan untuk

menolak anggapan musyrikin yang mengatakan

Nabi Muhammad s.a.w. seorang penyair dan

semua yang dibacakan olehnya ialah syair-syair.

Oleh itu, Allah S.W.T. menolak anggapan tersebut

melalui surah ini.

UMUM 
SURAH AL-MA'IDAH

Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan)

berdasarkan perkataan itu yang disebut di

dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan

golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti

kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan

itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah

ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam

banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus

daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

UMUM 
123

Kembali ke atas