| EPISTLE | Epistle boleh merujuk kepada sebarang warkah yang ditulis untuk individu atau kumpulan. Namun, perkataan ini biasanya menggambarkan surat rasmi yang bernada serius, dan tidak bersifat peribadi dan penuh dengan maklumat. | UMUM | |
| SURAT-MENYURAT | Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi bertulis. Orang menulis surat untuk urusan perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus niaga umumnya lebih rasmi daripada surat peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk jualan menjual barangan dan surat peringatan. Surat peribadi termasuk surat kiriman antara anggota keluarga atau sahabat, surat undangan, dan nota ucapan terima kasih. | UMUM | |
| KELIAN PAUH | KELIAN PAUH, kawasan bijih timah yang terletak di daerah larut, Perak. Pada tahun 1840-an, Long Jaafar telah menemui endapan bijih timah di kawasan ini. Dia telah berusaha membuka lombong tersebut dengan meminjam modal daripada saudagar-saudagar di Pulau Pinang dan menggalakkan orang Cina daripada puak Hai San untuk melombongnya. Dengan kejayaannya ini, Long Jaafar mula mengumpulkan kekayaan dan pengaruh. Kedudukannya telah diiktiraf secara rasmi oleh Raja Muda Perak, Ngah Ali, dan pembesar-pembesar lain seperti Temenggung Panglima Bukit Gantang. Panglima Kinta, Syahbandar dan Seri Adika Raja, apabila mereka menandatangani sepucuk surat mengesahkan kedudukan Long Jaafar di Larut pada tahun 1850. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |