Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ra.tan] | سورتن

Definisi : 1 apa-apa yg disuratkan; tulisan. 2 = ~ takdir sesuatu yg telah ditentukan oleh Tuhan; takdir; nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suratan

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENJUH SURATAN

SENJUH SURATAN, buku panduan tatabahasa bahasa Melayu yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan karangan. Buku ini adalah karya Muhammad Shah bin Yusof, seorang guru pelawat bandar Melaka.  Karya ini diterbitkan pada tahun 1922, dalam tulisan Jawi dan dicetak oleh Matbaah Kahiriyah, Muar Johor. Buku ini telah diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam versi Jawi tanpa mengubah isi dan ejaannya.  Edisi DBP yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1995 dalam Siri Koleksi Warisan.

BAHASAKarya
QADA' DAN QADARtakdir/konsep suratan nasib dan ketentuan allahAGAMAKonsep
SURAH AL-JATHIYAH

Surah al-Jathiyah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-45 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

37 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Jathiyah

(yang berlutut) berdasarkan firman Allah yang

bermaksud:

Dan (pada Hari Kiamat) engkau akan melihat

tiap-tiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan

menunggu panggilan); tiap-tiap umat diseru untuk

menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan

kepada mereka): Pada hari ini kamu akan dibalas

menurut apa-apa yang kamu telah kerjakan”.

(Surah al-Jathiyah 45:27)

UMUM 

Kembali ke atas