ROBOHNYA SURAU KAMI | ROBOHNYA SURAU KAMI, kumpulan cerpen karya A.A. Navis. Kumpulan cerpen ini mengandungi 121 halaman. Ia dicetak pada tahun 1956 oleh penerbit Nusantara dan diulang cetak pada tahun 1961 dan 1966 oleh penerbit yang sama. | SASTERA | Karya |
SEKOLAH PONDOK | SEKOLAH PONDOK, institusi pengajian dan pendidikan Islam secara tradisional. Terdapat pelbagai nama yang diberikan kepada sekolah pondok seperti pesantren di Jawa, penjentren di Madura, ranggang di Aceh dan surau di Minangkabau. Sekolah pondok adalah sebuah kawasan yang di dalamnya terdapat institusi pengajian Islam yang berbentuk tradisional. Terdapat rumah-rumah kecil yang didirikan berasingan. Bentuknya hampir sama antara satu dengan yang lain. Rumah-rumah ini didirikan secara tersusun yang berhampiran dengan rumah tuan guru dan surau atau masjid. Rumah-rumah kecil tersebut merupakan tempat tinggal pelajar, manakala surau atau masjid dijadikan tempat belajar dan beribadat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
JALALUDDIN | JALALUDDIN ( ? - ? ),pejuang undang-undang perdagangan Islam di Minangkabau. Jalaluddin dikaitkan dengan kebangkitan awal pergerakan pemulihan Islam di Minangkabau (1784 – 1803). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia mendapat pendidikan awal daripada Tuanku Nan Tua, seorang syekh yang terkenal. Lebih kurang pada tahun 1784, Tuanku Nan Tua mengasaskan ‘surau’ Syatariyah di Kota Tua di Agam. Walaupun ‘surau’ pengajian mereka dalam ilmu kebatinan sesuai dengan persekitaran pertanian yang tenang, mereka dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan pesat pertanian perdagangan di rantau tersebut. Malah pemimpin mereka turut terlibat dalam perdagangan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK PELAM | TUK PELAM ( ? – 1820), ulama. Dia lahir di Hadramaut. Nama sebenarnya ialah Syekh Abdullah bin Syekh Abdul Aziz Akhiru Indallah. Semasa muda, Tuk Pelam pernah mengembara hingga ke China. Semasa di sana, dia belajar mengukir. Kemahirannya ini terlihat pada ukiran di surau dan di kubah kuburnya yang dihasilkannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
S. EFFENDI | S. EFFENDI (1923 - ), penyanyi dan pencipta lagu Indonesia. Nama penuhnya ialah Said Effendi. Dia lahir pada 6 Ogos 1923 di Besuki, Jawa Timur, Indonesia. Dia yang berketurunan Madura menjalani hidup yang agak tidak menentu sewaktu kecilnya. Sejak berusia lima tahun dia sudah biasa bangun pagi untuk ke surau melaungkan azan subuh. Suaranya telah memukau pendengar. S. Effendi menjadi piatu sewaktu berusia enam tahun lagi. Oleh sebab ayahnya sibuk berdagang di merata-rata tempat, dia sering ditinggalkan sendirian. Dia tidak mendapat pendidikan formal dan sering keluar masuk sekolah. Dia pernah dihantar oleh bapa saudaranya belajar di madrasah. | BUDAYA | Tokoh |
ZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSI | ZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSI (1890-1924), ulama Indonesia. Dia lahir di Padang Panjang, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Zainuddin Labai bin Syekh Muhammad Yunus Pandai Sikat. Ayahnya juga seorang ulama. Zainuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Gubernement, hingga Darjah Empat. Di samping itu dia mendapat pendidikan agama daripada ayahnya. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1904, dia tidak meneruskan pelajarannya. Selepas itu dia pernah belajar dengan Haji Abdullah Ahmad di Padang,dan Syekh Abbas di Padang Japang, di samping menjadi guru bantu. Pada tahun 1913, dia pulang ke Padang Panjang dan mengajar di surau Jambatan Besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |