SHER SHAH SURI | Sher Shah Suri (1486–1545), ialah pengembara Afghan yang memerintah bahagian utara India pada awal tahun 1500-an sebagai salah sebuah daripada dinasti Suri. Dia telah hampir menggulingkan Empayar Mughal (lihat Empayar Mughal). Walau bagaimanapun, kesan daripada ketegasan kerajaan semasa pemerintahannya, empayar tersebut akhirnya menjadi kuat dan bersatu. | UMUM | |
SITI HASMAH MOHD. ALI | SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 - ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan. Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor. Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga. Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |