Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang (yg dilantik oleh kerajaan dll) utk melakukan tugas tertentu; ~ bebas badan yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan; S~ Diraja badan yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, peristiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan; S~ Perkhidmatan Awam badan yg bertanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk kakitangan kerajaan; S~ Perkhidmatan Pendidikan badan yg ber­tanggungjawab dlm urusan pengambilan, kenaikan pangkat dsb utk pegawai pendidikan; S~ Pilihan Raya badan yg mentadbirkan pilihan raya; S~ Sekuriti (Eko) badan ber­kanun yg mengawasi pertumbuhan dan perjalanan pasaran modal di Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[su.ru.han.ja.ya] | سوروهنجاي

Definisi : badan yg terdiri drpd beberapa orang yg dilantik oleh kerajaan dll utk melakukan tugas-tugas tertentu: ~ Perkhidmatan Awam. ~ Bebas suruhanjaya yg ditubuhkan oleh kerajaan atau Parlimen yg dianggotai oleh orang yg bukan pegawai kerajaan. ~ Diraja suruhanjaya yg ditubuhkan dgn perkenan Yang di-Pertuan Agong utk menyiasat sesuatu perkara, per­istiwa dsb secara bebas tanpa pengaruh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suruhanjaya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURUHANJAYA MONOPOLI DAN GABUNGAN

Suruhanjaya Monopoli dan Gabungan, menyiasat

keadaan monopoli dan gabungan dalam

industri dan profesion di Britain. Suruhanjaya ini

beroperasi di bawah arahan ketua pengarah untuk

perdagangan yang adil, dan setiausaha negara bagi

perdagangan. Kes yang disiasat biasanya dirujuk

kepada suruhanjaya oleh ketua pengarah kecuali

dalam kes perbadanan berkanun yang mesti

dirujuk kepada setiausaha negara dan menteri

yang berkenaan.

UMUM 
SURUHANJAYA DIRAJA

Suruhanjaya Diraja (Royal Commission) ialah

badan yang dilantik oleh raja British bagi

menjalankan sesuatu siasatan. Matlamatnya

ditentukan oleh bidang kuasa yang diberikannya

bagi sesuatu penyiasatan. Ia dianggotai oleh

beberapa orang yang tidak dibayar gaji.

Penyiasatan yang dilakukannya boleh merangkumi

penguatkuasaan undang-undang, aduan, suasana

yang wujud dalam industri atau hal-hal yang

berkaitan pendidikan, dan sosial. Hasil siasatan

dilaporkan kepada setiausaha dalam negeri.

Suruhanjaya Diraja tidak boleh memaksa sesuatu

dokumen atau sebarang bukti diberikan kepadanya

kecuali ia mempunyai kuasa khusus yang diberikan

oleh Akta Parlimen bagi tujuan tersebut. Di

Australia dan New Zealand, pihak kerajaan akan

meminta gabenor jeneral atau gabenor negeri

untuk melantik seseorang bagi membentuk

Suruhanjaya Diraja dan membuat laporan.

UMUM 
SURUHANJAYA PASIFIK SELATAN

Suruhanjaya Pasifik Selatan ialah pertubuhan

antarabangsa yang memberi bantuan khidmat nasihat

teknikal, latihan, dan penyebaran maklumat dalam

bidang sosial, ekonomi, dan kebudayaan kepada 22 buah

pentadbiran kerajaan. Negara-negara ini terdiri daripada

Samoa Amerika, Kepulauan Cook, Persekutuan Negeri Micronesia,

Fiji, Polinesia Perancis, Guam, Kiribati, Kepulauan

Marshall, Nauru, New Caledonia, Niue, Kepulauan

Mariana Utara, Palau, Papua New Guinea,

Kepulauan Pitcairn, Kepulauan Solomon, Tokelau,

Tonga, Tuvalu, Vanuatu, Wallis dan Futuna, dan

Samoa Barat.

UMUM 
SURUHANJAYA COBBOLDKapsyen          :           Anggota Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold (tengah)

 

SURUHANJAYA COBBOLD, suruhanjaya untuk mengkaji pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan penubuhan Malaysia dan menggubal Perlembagaan Malaysia.  Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan Januari 1962.  Suruhanjaya Cobbold dipengerusikan oleh Lord Cobbold dengan ahlinya Sir Anthony Abell, bekas gabenor Sarawak; Sir Edward Watherston, bekas Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu; Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie, kedua-duanya pegawai Tanah Melayu.  Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari 20 Februari hingga 18 April 1962 dan laporannya dikeluarkan pada bulan Jun 1962.  Lebih daripada 4000 orang telah ditemu ramah dan sebanyak 2200 memorandum diterima dalam tempoh dua bulan tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
BALAI PUSTAKA

BALAI PUSTAKA, badan kerajaan yang diberi tugas oleh pemerintah Indonesia untuk menerbitkan buku-buku yang bermutu bagi bacaan para pelajar sekolah dan juga untuk bacaan umum. Badan ini pada mulanya didirikan oleh penjajah Belanda pada tahun 1908 dengan nama Commissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur iaitu Suruhanjaya untuk Sekolah Peribumi dan Bacaan Rakyat. Suruhanjaya ini dianggotai oleh enam orang ahli jawatankuasa dengan dipengerusikan oleh Dr. G.A.J. Hazeu. Tugas Suruhanjaya ini adalah untuk memilih tulisan yang baik untuk digunakan di sekolah-sekolah dan dijadikan bacaan rakyat. Kerajaan Belanda berbuat demikian dengan tujuan untuk menyekat penerbitan bahan-bahan lain yang mengganggu dasar penjajahan mereka di samping untuk menerbitkan bahan-bahan yang dapat menonjolkan kekuasaan Belanda. Pada tahun 1917, Suruhanjaya tersebut ditukar namanya kepada Kantoor voor de Volkslectuur atau Kantor Bacaan Rakyat atau yang lebih terkenal dengan nama Balai Pustaka, dan Dr. D. A. Ringkes dilantik menjadi ketuanya.

BAHASABandar/Negeri/Negara/Tempat
MOGOK UMUM BRITAIN

Mogok umum Britain telah diadakan pada

tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja

United Kingdom kerana menyokong Kesatuan

Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik

lombong mencadangkan pemotongan gaji.

Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri,

Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang

diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat

keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya

tersebut menyokong pemotongan gaji itu.

UMUM 
REED, WALTER

Reed, Walter (1851–1902) ialah pegawai

perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat,

membantu menunjukkan cara mengawal demam

kepialu dan demam kuning. Semasa Perang

Sepanyol–Amerika pada tahun 1898, dia mengetuai

sebuah suruhanjaya yang mengkaji punca dan

penyebaran demam kepialu di kem-kem Tentera

Darat. Eksperimen menunjukkan bahawa lalat

merupakan pembawa jangkitan yang utama, dan

habuk serta keadaan yang tidak bersih membantu

penyebarkannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas