Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata susunannya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MU'MINUN

Surah al-Mu’minun ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-23 mengikut

susunannya surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 118 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mu’minun sempena pujian terhadap amalan

kebaikan dan kemuliaan orang-orang mukmin yang

melayakkan mereka menduduki syurga yang

tertinggi, iaitu syurga Firdaus.

UMUM 
SURAH AL-FATIHAH

Surah al-Fatihah ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang pertama mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tujuh ayat.

Surah ini dinamakan al-Fatihah (pembuka) kerana

surah ini menjadi pembuka kitab al-Qur’an dan

terletak di awal kitab dari segi susunannya, bukan

berdasarkan masa turunnya dari langit. Ia juga

dikenali dengan nama Umm al-Kitab, Sab’ al-

Mathaniy, al-Shafiyah, al-Wafiyah, al-Kafiyah, al-

Asas dan al-Hamd.

UMUM 
KHAT ARAB

Khat Arab ialah seni penulisan kaligrafi Arab. Ia

banyak dibantu oleh keunikan struktur bahasa Arab

yang agak fleksibel, lembut, boleh dipanjangkan

dan dipendekkan, boleh dipusingkan, boleh ditulis

secara berasingan, bahkan boleh disambungkan,

digabungkan dan disusun. Keadaan sedemikian

menjadikan khat Arab sebagai satu seni yang indah

dan bersesuaian dengan sebarang perubahan

dan perkembangan. Jadi, satu hubungan yang

kuat terbentuk antara setiap jenis khat dengan

bahan yang digunakan untuk penulisannya. Khat

Arab agak lembut, sesuai dengan keindahan

dan keseniannya. Kita juga dapat melihat ia

agak kukuh dan mempunyai keseimbangan,

dengan mengambil sepenuhnya ruang yang luas

di segenap sudutnya. Kita melihat kekukuhan

dan kelembutan, sering bertukar ganti dan

berkesinambungan dalam penulisan khat ini. Pada

setiap keadaan, ia akan melekakan pemerhatinya

dengan keindahannya yang unik serta keistimewaan

bentuknya yang unggul dan menawan. Keadaan

ini menempatkannya di kedudukan yang istimewa

dalam bidang seni reka bentuk.

Khat Arab bergantung pada seni dan keindahan

berdasarkan kaedah tersendiri, hasil kesesuaian

antara khat, titik dan bentuk bulat. Corak

penampilan unsur khat ini digunakan secara seni,

seperti seni reka bentuk yang lain. Contohnya,

khat dan susunannya tidak memberi makna dari

sudut luaran sahaja, tetapi ia juga memberi makna

keindahan yang lahir daripada corak unik yang

memberikannya satu bentuk keindahan. Pada masa

yang sama, bentuk keindahan ini terpisah daripada

unsur-unsur khat dan bersambung dengan corak-coraknya

yang unik.

UMUM 

Kembali ke atas