SWAN | Swan ialah burung air yang berkaitan rapat dengan itik dan angsa. Seperti itik dan angsa, swan mempunyai paruh leper; leher panjang; bulu pelepah kalis air; kepak panjang dan tirus; ekor dan kaki pendek; dan kaki renang. Tetapi kebanyakan swan lebih besar dan mempunyai leher yang lebih panjang lagi daripada itik dan angsa. | UMUM | |
ANGSA | Angsa ialah sejenis burung air yang berkait rapat dengan itik dan swan. Seperti itik dan swan, angsa mempunyai paruh yang pipih; leher yang panjang; bulu tak telap air; sayap yang panjang, runcing; ekor yang pendek; kaki yang pendek dan merupakan kaki renang. Tetapi angsa lebih besar daripada itik dan lebih kecil daripada swan, dan angsa mengeluarkan bunyi ang bukannya menguek atau bersiul. Angsa jantan dikenali sebagai “ganders” dalam bahasa Inggeris. | UMUM | |
LEAVITT, HENRIETTA SWAN | | UMUM | |
SWAN, SIR JOSEPH WILSON | Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia mempatenkan lampu yang menggunakan filamen yang bertambah baik yang dibuat daripada selulosa. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
PAIN ROTTNEST | Pain Rottnest kadangkala dikenali sebagai Pain Sungai Swan, adalah antara beberapa pain asli di Australia. | UMUM | |
NUREYEV, RUDOLF | Nureyev, Rudolf (1938–1993) ialah salah seorang penari balet teragung pada tahun 1900- an. Dia menjadi masyhur kerana personaliti persembahannya yang menarik dan teknik tarian yang bertenaga dan penuh perasaan. Nureyev menari lebih daripada 100 peranan. Pada tahun 1962, dia mula menari berpasangan dengan balerina Inggeris yang masyhur, iaitu Dame Margot Fonteyn. Mereka mengadakan persembahan bersama-sama dalam balet seperti Giselle, Swan Lake, dan Les Sylphides . Sebagai koreografer (penggubah tarian), Nureyev mencipta versi baru beberapa balet, termasuk Don Quixote, The Nutcracker, dan Raymonda. | UMUM | |
MOLNÁR, FERENC | Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis drama komedi romantik dengan dialog yang lucu. Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri. The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909) sebuah drama yang lebih serius mengenai taman hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel (1945). Antara drama komedi Molnár yang lain, termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan The Play’s the Thing (1926). | UMUM | |