Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.hid] | شهيد

Definisi : Ar 1. saksi (yg menegakkan atau mem­pertahankan kebenaran agama Islam), orang yg mati kerana agama Islam, mati dlm perang sabil: perlawanan itu berakhir dgn ketiga­tiga orang pihak Quraisy telah terbunuh dan seorang drpd pihak Islam telah ~; 2. ark mati berdarah (terbunuh): setelah Raja Rekan merasai luka itu maka ditikamnya Sultan Abu Shahid, maka baginda pun mati ~lah; kesyahidan keadaan syahid: ~ al-Hallaj yg luar biasa apabila melukiskan mistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.hid] | شهيد

Definisi : saksi yg menegakkan atau yg mempertahankan kebenaran agama Islam; orang yg mati kerana agama Islam (spt mati dlm perang sabil). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syahid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAHIDIalah kata nama yang berasal daripada kata dasar bahasa Arab shahida yang bermaksud menyaksi, melihat, dan mengiktiraf.AGAMAKonsep
MUKHTAR AL-THAQAFIY AL-

Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.–67 H/622 M.–687

M.), salah seorang daripada ketua revolusi

menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya

ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Mas’ud al-

Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke

Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan

Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid

dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al-

Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani

Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya

yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al-

Taqafiy hidup bersama ‘Ali r.a. di Iraq dan tinggal di

Basrah selepas kematian Ali.

UMUM 
‘ABDULLAH IBN JAHSY

‘Abdullah ibn Jahsy (? –3 H./? –625 M.), sahabat

besar dan termasuk golongan yang terawal

menerima Islam. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah

ibn Jahsy al-Asadiy, saudara Zaynab bin Jahsh Umm

al-Mu’minin. Dia berhijrah ke Habsyah dan ke

Madinah. Dia turut serta dalam Perang Badar dan

menjadi anggota mesyuarat Rasulullah SAW

bersama-sama dengan Abu Bakar dan ‘Umar dalam

menentukan kedudukan tawanan perang tersebut.

Rasulullah SAW telah menghantarnya mengetuai

kumpulan tawanan perang yang dibebaskan. Dia

juga turut serta dalam Perang Uhud dan mati syahid.

Dia dikebumikan bersama-sama bapa saudaranya Hamzah

ibn Abd al-Muttalib dalam satu liang lahad.

UMUM 
PERANG KARBALA

Perang Karbala berlaku pada 10 Muharam 61

H. bersamaan dengan bulan Oktober 680 M.

Peperangan ini berlaku antara tentera gabenor

Kufah dari pihak kerajaan Bani Umaiyyah dengan

Husayn ibn ‘Ali ibn Abu Talib bersama-sama

golongan yang menyokongnya dan kaum

keluarganya berhampiran bandar Kufah, Iraq.

Antara sebab berlakunya peperangan ini adalah

kerana Husayn ibn Ali menolak pelantikan Yazid

ibn Muawiyah sebagai khalifah dan bersetuju

datang ke Iraq untuk melaksanakan tuntutan

pengikutnya di sana. Al-Husayn ibn Ali datang ke

Iraq bersama-sama dengan 80 orang ahli keluarga

dan penyokong setianya untuk bertemu dengan

tentera Ubaydullah ibn Ziyad, gabenor Yazid di

Kufah. Yazid tidak mahu menerima kedatangan al-

Husayn ibn Ali melainkan untuk berperang. Oleh

itu, berlakulah pertempuran yang menyebabkan

al-Husayn syahid bersama-sama dengan

pengikutnya kecuali seorang perempuan dan

seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Zayn al-

Abidin ibn al-Husayn.

UMUM 

Kembali ke atas