SYAITAN | Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan iblis dan syaitan banyak kali diulang dalam ayat-ayat yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan al-Jin dan al-Jinnah dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata jamak kebanyakannya membawa makna syaitan. | UMUM | |
PERBUATAN MENGHALAU HANTU | Perbuatan menghalau hantu ialah perbuatan mematahkan kuasa iblis atau syaitan- syaitan lain yang mempengaruhi atau mengawal seseorang. Perbuatan menghalau hantu ini mengandaikan kewujudan iblis sebagai kuasa jahat dalam kehidupan manusia. Pengaruh iblis mempunyai banyak tahap. Ia boleh menggoda seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang salah, seperti berbohong atau melakukan jenayah. Malah ia juga boleh menguasai seorang individu dengan mengambil alih badan seseorang secara sementara. | UMUM | |
PENYEMBAHAN SYAITAN | | UMUM | |
MATA SYAITAN | Mata syaitan kononnya ialah kuasa yang dimiliki oleh seseorang yang boleh mengancam orang lain, atau hartanya, hanya dengan renungannya. | UMUM | |
MEPHISTOPHELES | Mephistopheles ialah syaitan dalam legenda Jerman pada seorang ahli sihir bernama Faust. Dalam buku The History of Johann Faust (1587) yang tidak diketahui penulisnya, Faust menjual rohnya kepada Mephistopheles sebagai tukaran untuk mendapatkan perkhidmatan syaitan selama 24 tahun. Nama Mephistopheles mungkin berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tidak menyukai cahaya atau mungkin juga daripada perkataan Hebrew mephiz (pemusnah) atau tophel (penipu). | UMUM | |
SEGI TIGA BERMUDA | Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854, lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini. | UMUM | |
AZIMAT | Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher. Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh melindungi mereka daripada syaitan, penyakit, dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg kain kecil yang berisi objek yang dianggap berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah azimat mempunyai bentuk yang simbolik, misalnya anak bulan. Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran. | UMUM | |
MUZANNIY, AL- | Muzanniy, al- (175 H.–264 H./791 M.–878 M.), pakar dalam bidang usul fiqh. Nama penuhnya ialah Isma‘il ibn Yahya ibn Isma‘il al-Muzanniy al-al- Syafi’i. Dia lahir di Mesir dan mendampingi Imam al-Syafi’i ketika dia datang ke Mesir serta belajar darinya dan merupakan salah seorang murid Imam al-Syafi’i yang paling hampir dengannya. Imam al- Syafi’i mengiktiraf kekuatan hujah-hujahnya dengan berkata, “Sekiranya al-Muzanniy berbahas dengan syaitan, nescaya syaitan pun akan dikalahkannya”. | UMUM | |
SANTAU | SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati. Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu. Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau. Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau. Dasar santau adalah sebenarnya racun. Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan. Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan. | BUDAYA | Konsep |