Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri Syria. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN

Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada

zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang

mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin

menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima

utama seperti Al-Walid ibn ‘Uqbah ,

‘Amru ibn al’ As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah

dan Yazid ibn Abu Sufian.

UMUM 
PERANG MU'TAH

Perang Mu’tah berlaku antara orang Islam

dengan orang Rom di Syam ketika Rasulullah

s.a.w. masih hidup. Antara sebab tercetusnya

peperangan ini adalah kerana Rasulullah s.a.w.

mengutuskan seorang utusan untuk menghantar

kitab al-Quran kepada raja Basrah (di Syam).

Apabila utusan yang membawa kitab tersebut

singgah di kampung Mu’tah, dilihat oleh

Syurahbil ibn ‘Amru al-Ghassaniy lalu dia

dibunuh. Mengikut peraturan pada masa itu,

utusan tidak boleh dibunuh. Oleh itu, Rasulullah

s.a.w. berasa marah lalu Baginda menghantar

satu pasukan tentera seramai 3000 orang ke

Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun kelapan

Hijrah.

UMUM 
ZAHIR BAYBARS, AL

Zahir Baybars, al ( ? –676 H/ ? –1277 M), sultan

Mesir dan Syam. Nama penuhnya ialah Baybars

al-‘Ala’iy al-Bunduqdariy al-Salihiy Rukn al-Din al-

Malik al-Zahir. Baginda melakukan beberapa

penaklukan. Baginda juga memiliki pelbagai hikayat

dan sejarah.

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN YAZID

Mu‘awiyah ibn Yazid (41 H.–64 H./661 M.–684

M.), khalifah Bani Umayyah di Syam, cucu kepada

pengasas Kerajaan Bani Umayyah, iaitu Mu‘awiyah

ibn Abu Sufyan. Nama penuhnya Mu‘awiyah ibn

Yazid ibn Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan juga dikenali

sebagai Mu‘awiyah al-Thani (Mu‘awiyah Kedua). Dia

dilantik sebagai khalifah selepas kematian bapanya

akan tetapi dia melepaskan jawatan tersebut

selepas 40 hari atau-kira-kira tiga bulan memegang

tampuk pemerintahan. Mu‘awiyah telah

menyerahkan urusan melantik khalifah yang baru

kepada kaum muslimin sendiri dan menyarankan

agar mereka melantik penggantinya yang tersebut

dalam bentuk syura atau kemuafakatan suara. Dia

telah mengasingkan diri di rumahnya dengan

beribadat kepada Allah S.W.T. sehinggalah dia

meninggal dunia ketika berusia 23 tahun. Oleh

sebab usianya yang masih muda, Mu‘awiyah tidak

sempat meninggalkan zuriat

UMUM 
PERANG MISLUN

Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan

orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis

dan British telah membahagikan negara Syam

kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas

Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian

Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai

Syria manakala bahagian pedalaman Syria

diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin

menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar

Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir

Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima

penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis

dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah

Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral

Gourand memberi amaran secara bertulis kepada

al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu.

Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu

walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan

Perancis.

UMUM 
YAZID IBN AL-WALID

Yazid ibn al-Walid (86–126 H/705–744 M), salah

seorang khalifah kerajaan Umawiyyah di Syam

daripada kalangan keluarga Marwan. Nama

penuhnya ialah Yazid ibn al-Walid ibn Abd al-Malik

ibn Marwan Abu al-Khalid. Dia lahir dan meninggal

dunia di Damsyik. Dia juga terkenal dengan nama

Yazid Ketiga.

UMUM 
YAZID IBN MU‘AWIYAH

Yazid ibn Mu‘awiyah (25–64 H/645–683 M),

khalifah kedua daripada kerajaan Umawiyyah di

Syam. Nama penuhnya ialah Yazid ibn Mu ‘awiyyah

ibn Abi Sufyan al-Umawiy. Dia lahir di Damsyik

dan ditabalkan menjadi khalifah selepas kematian

bapanya pada tahun 60 H/680 M.

UMUM 
YAZID IBN ‘ABD AL-MALIK

Yazid ibn ‘Abd al-Malik (71–105 H/690–724 M),

salah seorang khalifah kerajaan Umawiyyah di

Syam. Nama penuhnya ialah Yazid ibn ‘Abd al-

Malik ibn Marwan atau digelar sebagai Abu Khalid.

UMUM 
MU‘AWIYAH IBN ABU SUFYAN

Mu‘awiyah ibn Abu Sufyan (20 S.H. – 60 S.H./

603 M.– 680 M.), pengasas Kerajaan Bani Umayyah

di Syam. Nama penuhnya ialah Mu‘ayah ibn Abu

Sufyan, Sakhar ibn Harb ibn Umayyah, al-

Qurashiy, dari Bani ‘Abd Shams ibn ‘Abd Manaf.

Dia lahir di Makkah dan memeluk Islam pada hari

Pembukaan Makkah. Mu‘awiyah terkenal dalam

bidang penulisan dan ilmu kira-kira, dan

sehubungan dengan itu Rasulullah pernah

melantiknya sebagai penulis Baginda.

UMUM 
PERANG TABUK

Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun

ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi

Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja

Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang

Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di

bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang

Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini,

keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam

untuk menentang mereka pada tahun yang

mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas.

UMUM 
123

Kembali ke atas