Shelburne, Earl of (1737–1805), Bangsawan Inggeris-Ireland, adalah Perdana Menteri Britain pada tahun 1782 dan tahun 1783. Dia memimpin kerajaan yang merundingkan syarat damai pada tahun 1782 untuk menamatkan peperangan antara Britain dengan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Parlimen telah mengundi menentang syarat damai tersebut, dan Shelburne meletakkan jawatan. Duke of Portland telah membentuk sebuah kerajaan campuran yang menerima perjanjian damai tersebut. William Fitzmaurice lahir di Dublin. Keluarganya telah menukar nama keluarga mereka kepada Petty pada tahun 1751. Dia menuntut di Oxford University dan menyertai tentera. Dia adalah Presiden Lembaga Perdagangan untuk suatu tempoh pada tahun 1763 dan Setiausaha Negara dari tahun 1766 hingga tahun 1768. Dia menjadi Earl of Shelburne pada tahun 1764, dan Marquis of Lansdowne pada tahun 1784. |