Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sya.ri.Öat] | شريعة

Definisi : Ar hukum Islam: al-Quran ialah sumber pertama drpd ~ Islam; mensyariatkan menjadikan sbg syariat, memerintahkan: disyariatkan azan supaya menyedarkan orang-orang yg lalai supaya berhimpun di masjid bagi menunaikan sembahyang; beliau haruslah mengabdikan diri semata-mata kpd Allah melalui ibadat­ibadat yg telah disyariatkan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sya.ri.Öat] | شريعة

Definisi : hukum agama; peraturan agama. mensyariatkan menjadikan sbg syariat; memerintahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syariat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI DAN RASUL

Nabi dan rasul ialah orang lelaki daripada

kalangan manusia yang dipilih oleh Allah SWT

dan diturunkan wahyu kepada mereka. Perbezaan

antara nabi dan rasul ialah: Allah SWT

membangkitkan para nabi dengan membawa

syariat baru atau syariat lama, dan menyuruh

mereka beramal dengannya untuk menjadi ikutan

kepada orang lain. Contohnya, banyak nabi di

kalangan Bani Israel, tetapi mereka tidak

diperintahkan berdakwah kepada seluruh manusia,

kerana setiap nabi itu diutuskan kepada kaumnya

sahaja. Manakala para rasul pula dipilih oleh Allah

SWT dan diwahyukan syariat kepada mereka serta

disuruh menyampaikannya kepada seluruh

manusia. Allah SWT menurunkan kitab kepada

Nabi Muhammad SAW., iaitu al-Qur’an. Manakala

Nabi Isa a.s. telah berdakwah untuk beberapa

ketika dengan menyeru kepada ajaran Taurat,

kemudian Allah SWT menurunkan kepadanya

kitab Injil, lalu dia pun menyeru kepada ajaran Injil.

Dengan keterangan di atas, nyatalah bahawa

gelaran rasul lebih umum daripada gelaran nabi,

kerana rasul juga adalah nabi sedangkan nabi

mungkin tidak menjadi rasul.

UMUM 
TAREKAT DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat.  Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman.  Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan.  Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam  dan ihsan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TUANKU NAN RENCEH

TUANKU NAN RENCEH (   ?   - 1820-an), salah seorang pelopor gerakan padri di Minangkabau pada awal abad ke-19. Tuanku nan Renceh berasal dari Bukit Kamang, Agam, Sumatera Barat. Dia adalah salah seorang murid Tuanku nan Tuo di Koto Tuo, yang paling terkemuka. Dia ikut dalam gerakan pembaharuan ‘Kembali Kepada Syariat’ yang dilancarkan oleh Tuanku nan Tuo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas