Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[syé.lék] | شيليک

Definisi : (syélék) 1. sj bahan berdamar yg ber­bentuk kepingan nipis dan digunakan utk membuat varnis bagi mengilatkan kayu dll; 2. varnis yg dibuat dgn melarutkan syelek dlm etanol atau lain-lain yg seumpamanya; mensyelek menyapu syelek pd sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[syé.lék] | شيليک

Definisi : /syélék/ bahan berdamar (biasa­­nya dlm bentuk kepingan tipis) yg mudah lekit dan digunakan utk mem­buat varnis dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syelek


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYELEK

Syelek ialah cecair yang terbentuk daripada

kepingan resin yang dilarutkan dalam alkohol. Ia

digunakan sebagai varnis. Kepingan ini adalah

bentuk kering suatu bahan melekit yang

dinamakan resin lak (lihat Lak). Apabila syelek

disapu pada sesuatu permukaan, alkohol dalam

larutannya menyejat, meninggalkan kemasan yang

berkilat. Kepingan resin syelek berwarna kuning,

jingga, atau kemerahan, tetapi boleh dilunturkan

menjadi putih. Syelek juga digunakan dalam

pembuatan gula-gula, ubat, dakwat percetakan,

dalam bahan penebat, dan sebagai pengeras.

Lihat juga Lakuer; Resin; Varnis.

UMUM 
LILIN TERA

Lilin tera digunakan untuk menera dan

mengegam surat dan dokumen serta untuk

mendapatkan teraan daripada meterai (lihat

Meterai). Lilin ini boleh dibuat daripada rosin,

syelek, turpentin, magnesia, kapur, atau gipsum.

Lilin ini juga boleh digunakan untuk mengedap

botol dan balang.

UMUM 
SERANGGA SISIK

Serangga sisik ialah satu daripada banyak

jenis serangga penghisap yang memakan

tumbuhan. Serangga sisik berkelompok pada

tumbuhan, menghisap jus melalui muncungnya

yang halus, bak tiub.

     Serangga sisik betina melakukan kebanyakan

kerosakan. Serangga sisik jantan dewasa hanya

hidup cukup lama untuk mensenyawakan telur

serangga betina. Kebanyakan jenis serangga betina

berbentuk bujur. Panjangnya dari satu milimeter

hingga 2.5 sentimeter, bergantung pada

spesiesnya. Serangga sisik mendapat namanya

daripada kulitnya yang melekit atau bersisik yang

meliputi badannya. Sesetengah jenis serangga

betina hampir tidak kelihatan seperti serangga

sama sekali. Ia tidak mempunyai mata, sesungut

dan kaki dan jarang bergerak.

Ahli sains mengetahui lebih daripada 2000 jenis

serangga sisik. Serangga sisik San Jose adalah yang

terkenal dan paling berbahaya. Ia memakan banyak

jenis pokok buah dan pokok renek. Ia pertama kali

dijumpai di Amerika Syarikat dekat San Jose,

California, kira-kira pada tahun 1870. Satu lagi

serangga sisik yang menyerang pokok buah, iaitu

serangga sisik kekapas, yang pada satu masa

mungkin memusnahkan semua jenis pokok sitrus

di California.

Sesetengah serangga sisik adalah berguna.

Syelek, iaitu varnis yang didapati berasal daripada

serangga sisik yang dinamakan serangga lak (lihat

Lak ). Cochineal, iaitu pewarna, didapati daripada

serangga sisik cochineal . Satu jenis serangga sisik

digunakan sebagai barang kemas. Serangga ini

diliputi cangkerang, yang dikenali sebagai mutiara

tanah .

Pengelasan saintifik. Serangga sisik adalah anggota

order Hemiptera .

UMUM 

Kembali ke atas