TUAN TABAL | TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK KENALI | TUK KENALI (1879-1933), ulama. Dia lahir di Kubang Kerian, Kelantan. Tuk Kenali juga dikenal sebagai Haji Awang Kenali. Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, berguru dengan Tuan Tabal @ Haji Abdul Samad, Haji Abbas Kampung Kemaman/Sungai Budor, Haji Ismail Kadi, Haji Abdullah Pasir Pekan, Haji Awang @ Muhammad Zain Atas Banggol, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Wan Daud, Haji Wan Tamat Lundang, Haji Abdul Malik Sungai Pinang dan Haji Pak Chik Musa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD | HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JALA' AL-QULUB BI DHIKR ALLAH | JALA’ AL-QULUB BI DHIKR ALLAH, kitab tasawuf. Kitab ini dikarang oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salih yang dikenal Tuan Tabal. Kitab yang berbentuk risalah ini selesai dikarang pada tahun 1287H./1870 M. Di Kelantan. Kitab ini pernah dicetak di al-Matbaah al-Asasiah, Kota Baharu, Kelantan (edisi kedua 1354H.), berukuran 21cm x 14 cm setebal 26 halaman. | SASTERA | Karya |
NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA | NIK ABDULLAH HAJI WAN MUSA (1900 – 1935), ulama. Dia lahir di Jalan Merbau, Kota Bahru, Kelantan. Nik Abdullah ialah anak sulung Haji Wan Musa, seorang ulama, dan cucu Tuan Tabal, ulama yang terkenal di Kelantan pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |