Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bi/] | تابيق

Definisi : 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demi­kian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. per­buatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan se­suatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita me­minta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm per­cam­pur­an itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hor­mat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bi/] | تابيق

Definisi : cara menghormati seseorang dgn mengangkat tangan (meletakkan tapak tangan pd dahi spt yg dilakukan oleh askar dll). menabik memberi hormat dgn tabik: Askar-askar itu ~ ketua mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabik
Kata Terbitan : menabik,

Puisi
 

Bentang tikar tengah rumah,
     Hendak tabur biji lada;
Tabik encik orang di rumah,
     Saya main kurang bahasa.


Lihat selanjutnya...(6)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TABIK

Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang

biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan

santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera

menunjukkan rasa hormat kepada pegawai,

bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat

tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata

yang dibuat oleh pemain pedang.

UMUM 

Kembali ke atas