Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.bu.ran] | تابورن

Definisi : 1. yg ditabur (tertabur); 2. sebaran, serakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.bu.ran] | تابورن

Definisi : 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GEOLOGI PETROLEUMKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitanKEJURUTERAANKonsep
BATUAN PUNCAKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ANALISIS KEROGENKajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam batuan kerak bumi.KEJURUTERAANKonsep
BIOGEOGRAFI

Biogeografi, kajian tentang taburan tumbuhan dan haiwan di dunia. Biogeografi turut menjelaskan faktor berlakunya taburan tersebut serta kesannya terhadap persekitaran dan manusia.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
DEMOGRAFI

Demografi merupakan satu kajian tentang

penduduk manusia. Ahli demografi (pakar

penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur,

bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu

kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian

penduduk ataupun sampel survei kebangsaan.

UMUM 
KAPAK GENGGAMKAPAK GENGGAM, alat batu yang digunakan oleh manusia pada zaman prasejarah atau Zaman Batu Lama. Kapak genggam yang paling awal ditemui di Chesowanja, Kenya, berusia lebih kurang 1.5 juta tahun. Walau bagaimanapun, taburan kapak genggam terdapat di seluruh dunia. Tradisi pembuatan kapak genggam lebih dikenal sebagai tradisi ‘Acheuleen’, nama daripada sebuah tapak di St. Acheul, Perancis yang dijumpai oleh Baoucher de Pethres pada tahun 1847.SEJARAH DAN ARKEOLOGIAlat/Alatan
NIBUNGNIBUNG, (Oncosperma tigillaria) sejenis pokok palma yang berduri, tinggi dan lurus.  Kawasan taburan pohon ini meliputi pelbagai negeri di Asia Tenggara.

 

BUDAYASumber/Bahan Alam

Kembali ke atas