Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.di] | تادي

Definisi : 1. tidak lama sebelum ini, baru sahaja, baru sebentar yg lalu: siapa yg datang ber­jum­pa dgn kamu ~? 2. terdahulu dr ini, yg dahulunya: kedaulatan Bahasa Kebangsaan dlm tahun 1967 kelak akan membuka peluang-peluang pekerjaan yg ~nya tertutup utk mereka; 3. yg telah (baru) lalu: malam ~; petang ~; 4. yg tersebut dahulu, yg baru sahaja disebut­kan: sebagaimana yg dinyatakan di atas ~ orang ini juga tidak mempunyai wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.di] | تادي

Definisi : 1 tidak lama sebelum ini; baru sebentar: ~ dia ada di sini bercakap-cakap dgn kami. 2 yg telah lalu: malam ~; petang ~. 3 yg tsb dahulu; yg baru disebut: Budak yg ~ pun tidak mempunyai kad pengenalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam tadi mimpikan bulan,
     Bulan kumimpi si bujur telur;
Malam tadi mimpikan tuan,
     Tuan kumimpi dikandung tidur.


Lihat selanjutnya...(18)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TECHNICOLOR

Technicolor ialah proses berpaten untuk

membuat filem berwarna-warni. Proses ini

melibatkan pengeluaran tiga negatif hitam-putih

yang berasingan untuk satu babak. Setiap negatif

didedahkan kepada satu warna primer – merah,

biru, atau hijau – dari babak tadi.

UMUM 
TELEPATI

Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau

pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang

yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa

seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau

sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai

pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati

boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan

sesuatu yang khusus dan orang lain dapat

menyatakan atau menulisnya dengan tepat.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati,

perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh

diterangkan dengan cara yang lain.

UMUM 
KELUARGA WYSS

Keluarga Wyss, menulis The Swiss Family

Robinson, cerita pengembaraan kanak-kanak yang

popular berkenaan dengan keluarga yang

mengalami nahas kapal. Johann David Wyss (1743–

1818) ialah pastor Switzerland, yang mereka cerita

tersebut untuk diberitahu kepada empat orang anak

lelakinya yang masih kecil. Dia menulis untuk

keluarganya dan melukis ilustrasi bersama-sama

anak lelakinya Johann Emanuel (1782–1837).

Beberapa tahun kemudian, seorang anak lelakinya

yang lain, Johann Rudolf (1781–1830) menemui

semula cerita tadi. Dia menyemaknya dan

menerbitkannya pada tahun 1812 dan tahun 1813.

Dia dan ayahnya kadangkala dianggap sebagai

pengarang kisah tersebut.

UMUM 
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 
PERAYAAN SAINT NICHOLAS

Perayaan Saint Nicholas ialah pesta kanak-

kanak yang dirayakan pada 6 Disember, iaitu hari

jamuan Saint Nicholas. Santo ini menjadi biskop

di Asia Kecil pada tahun 300-an M. Dia menjadi

santo penaung kepada kanak-kanak semenjak

Zaman Pertengahan. Perayaan ini dirayakan

terutamanya di Eropah. Di setengah-setengah

negara, kanak-kanak mengisi kasut mereka

dengan jerami dan lobak merah untuk kuda Saint.

Nicholas pada malam hari 5 Disember. Keesokan

paginya mereka mendapati jerami dan lobak

merah tadi telah digantikan dengan mainan-

mainan kecil dan biskut. Namun begitu jika kanak-

kanak itu nakal, dia akan menerima rotan

penyebat.

UMUM 
SISTEM PERPULUHAN

Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis

nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti

yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh

ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya

menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4,

5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini

bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu

nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai

yang sama sekali berbeza dalam nombor 832

berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan

yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh

sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya

dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan

tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai.

UMUM 
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

     

SASTERAKonsep
12

Kembali ke atas