Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1. keterangan dan penjelasan bkn ayat-ayat Quran (kitab suci): kuselidiki isi Quran sedalam-dalamnya, ~nya kukaji; ahli ~ orang yg bijak menerangkan maksud atau tujuan ayat-ayat Quran; 2. = tafsiran keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; juru~ orang yg memberi pen­jelasan (ulasan dll); mentafsirkan 1. menerangkan maksud (ayat-ayat Quran): guru itu diminta ~ ayat-ayat Quran yg disebutkannya; 2. memberi pen­jelasan (keterangan), mengulas, mengerti­kan, menjelaskan: mahkamah mempunyai kuasa utk ~ perkara undang-undang yg syak dan waham; tafsiran 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; pentafsiran perihal (perbuatan) mentafsir­kan (sesuatu); pentafsir orang yg mentafsirkan, ahli tafsir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.sir] | تفسير

Definisi : 1 keterangan atau penjelasan mengenai maksud ayat Quran atau hadis. 2 = tafsiran penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. mentafsirkan 1 menerangkan maksud sesuatu ayat Quran. 2 memberikan penjelasan; me­nghuraikan; menjelaskan. pen­tafsiran perihal (perbuatan dll) men­tafsirkan; penjelasan. pentafsir orang yg mentafsirkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT –AL

Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia

pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan

ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat.

Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya

iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi

tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al-

Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada

zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy

dan Ahmad al-‘Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang

ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan

ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam

bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir.

Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya

Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Ta’wil iaitu sebuah

kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang

diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan

tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di

negeri Izaj berdekatan Asbahan.

UMUM 
SAMARQANDIY, ABU AL-LAYTH AL-

Samarqandiy, Abu al-Layth al- ( ? –375 H./ ? –

985 M.) ialah ahli tafsir dan ahli hadith. Namanya

yang sebenar Nasr ibn Muhammad ibn Ahmad al-

Samarqandiy. Dia bergelar Imam al-Huda kerana

keutamaan dan kebaikannya. Dia mengarang banyak

kitab yang antaranya ialah kitab tafsir yang

sederhana tebal dan bertulisan tangan. Kitab-kitab

tersebut mengandungi pelbagai pendapat dalam

ilmu tafsir yang telah diterjemahkan ke dalam

bahasa Turki.

UMUM 
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtaba’iy, Muhammad ibn Husayn al-

(1321–1404 H./1903–1983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtaba’iy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul “ al-Mizan fi Tafsir

al-Qur’an . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Qur’an, al-Tabtaba’iy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM 
THA'LABI, ABU ISHAQ AL-

Tha‘labi, Abu Ishaq al- ( ?–427 H/?–1035 M.),

sarjana dalam ilmu Tafsir dan ilmu bahasa Arab

dan merupakan seorang yang soleh dan

dipercayai. Nama penuhnya ialah Abu Ishak ibn

Muhammad ibn Ibrahim al-Naisaburi. Dia digelar

dengan gelaran al-Tha‘labi . Buku-buku biografi

pula tidak menyebut tentang tarikh kelahirannya.

UMUM 
ZAMAKHSYARI, AL-

Zamakhsyari, al- (467 H – 538 H/1074 M – 1143 M),

tokoh dalam bidang ilmu tafsir, nahu, bahasa, dan

sastera. Nama penuhnya ialah Abu al-Qasim

Mahmud ibn Amru ibn Ahmad al-Zamakhsyari

Jarullah. Dia mempunyai pengetahuan yang luas

dan kehebatan tersendiri dalam pelbagai bidang

ilmu.

UMUM 
ABU AL-SA‘UD AL-‘AMADI

Abu al-Sa’ud al-'Amadi ialah mufti dan ahli

tafsir. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Mustafa al-Amadiy. Dia lahir di

salah sebuah pinggir Kota Istanbul dalam keluarga

yang mengutamakan ilmu dan kemuliaan. Dia

mempelajari pelbagai ilmu daripada ulama yang

terkemuka pada zamannya. Antara mereka ialah

ayahnya sendiri sehingga dia terkenal dan tersebar

namanya kerana ilmu dan kemuliaan yang

dimilikinya.

UMUM 
TAFTAZANIY, SA‘D AL-DIN AL-

Taftazaniy, Sa‘d al-Din al- (712–791 H.), pakar

ilmu usul, tafsir, aqidah, balaghah, dan sastera.

Nama penuhnya ialah Mas‘ud ibn ‘Umar ibn

‘Abdullah al-Taftazaniy. Dia lahir di Taftazan di

negeri Khurasan dan nama gelarannya diambil

daripada nama tempat ini.

Dia mengarang banyak kitab, antaranya bertajuk

al-Talwih fi Kashf Haqa’iq al-Tanqih yang berkaitan

dengan ilmu usul, Sharh al-Tasrif al-‘Arabiy tentang

ilmu sarf, Sharh Maqasid al-Talibin fi ‘Ilm Usul al-Din

tentang agama, dan kitab al-Mutawwil tentang ilmu

balaghah.

UMUM 
DARIMIY, ABU MUHAMMAD AL-

Darimiy, Abu Muhammad al- (181–255 H/

797–869 M), hafiz, imam, ahli tafsir dan ahli

hadith. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah

ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Fadl ibn Bahram

al-Darimiy, al-Tamimiy Abu Muhammad,

yang berasal dari Samarkand. Dia juga antara

orang yang terkenal dan masyhur. Dia banyak

merantau ke seluruh dunia dan banyak menulis

buku.

UMUM 
TABARIY, ABU JA‘FAR AL-

Tabariy, Abu Ja‘far al- (224 – 310 H./839 – 923

M.), imam dan ulama tafsir. Nama sebenarnya ialah

Abu Ja‘far Muhammad ibn Jarir ibn Yazid ibn Ghalib.

Dia lahir di Tabaristan dan mula menuntut ilmu

ketika berumur 16 tahun. Dia merantau ke Baghdad

dan menetap di sana selepas menziarahi beberapa

buah negara.

UMUM 
123

Kembali ke atas